ARTIKEL

Manfaatkan cuaca panas, ganda rentak kerja siap projek

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Pihak kontraktor pembinaan disaran memanfaatkan cuaca baik ketika ini untuk menggandakan rentak kerja di tapak projek masing-masing.

Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang merujuk pembinaan Jambatan Batang Igan berkata, ini bagi memastikan musim hujan yang lazimnya berlaku pada akhir tahun tidak melambatkan sesuatu projek.

“Pembinaan Jambatan Batang Igan yang bernilai RM285 juta berjalan lancar.

“Sungguhpun demikian, kita mahu kontraktor memanfaatkan sepenuhnya cuaca baik ketika ini untuk menggandakan rentak mereka.

“Ini bagi memastikan ketibaan musim hujan pada penghujung tahun kelak tidak menjejaskan kemajuan projek ketika itu,” katanya kepada media selepas meninjau tapak pembinaan Jambatan Batang Igan di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan diberikan taklimat mengenai kemajuan projek oleh pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan wakil kontraktor menjelaskan, berpuas hati dengan status terkini projek.

“Saya amat berpuas hati dengan kemajuan projek dan dijangkakan jambatan sepanjang 1.439 kilometer ini siap pada suku pertama 2025.

“Saya difahamkan sudah 47.28 peratus siap walaupun jadualnya 51.18 peratus. Ada sedikit kelewatan disebabkan kekurangan tenaga pekerja mahir dan kren kapasiti tinggi.

“Bagaimanapun, wakil kontraktor berjanji untuk mencari penyelesaian tidak lama lagi,” ujarnya.

Uggah turut gembira apabila kontraktor bersedia menggunakan lebih ramai tenaga kerja tempatan.

“Ini membantu meningkatkan sosiekonomi masyarakat tempatan. Pada masa sama, kontraktor dapat mengatasi isu kemudahan penginapan yang tidak cukup.

“Seterusnya, ini akan menjadi contoh yang baik bagaimana projek kerajaan boleh menjana peluang ekonomi kepada penduduk tempatan,” tambahnya sambil menyifatkan Jambatan Batang Igan sebagai agen perubahan utama kawasan Igan dan Matu kerana meningkatkan kebolehhubungan.

Menyentuh perkara lain, Uggah berkata JKR akan terus memantau keselamatan pengguna feri di negeri ini dengan memastikan semua prosedur operasi standard (SOP) berkaitan keselamatan dipraktikkan setiap kali menggunakan feri.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman) yang juga ADUN Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya dan Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Chew Chee Yaw turut serta.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Ruby Elite sasar PNGK 4.00 STPM 2027

KOTA SAMARAHAN: Pelajar Tingkatan Enam daripada empat sekolah menengah di Samarahan menyertai Program 4.00: Ruby Elite Siri 1 STPM 2027 bagi memperkukuh persediaan akademik dan