ARTIKEL

Manfaatkan tenaga suria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KALAULAH dulu ada lampu guna tenaga solar, hidung kita tidak berjelaga ketika belajar menggunakan pelita minyak tanah.

Bapa kita pula tidak sakit lengan mengepam lampu minyak tanah setiap hari.

Apa-apa pun, semua ini adalah kenangan.

Bukan semua orang pernah mengalaminya, lebihlebih lagi generasi sekarang.

Saya pasti anda juga pernah melihat setiap petang sebelum maghrib, rutin harian bapa kita — mengambil lampu minyak tanah yang disangkut tinggi di tengahtengah rumah.

Biasanya bapa kita akan bawa lampu ini dekat pintu rumah.

Kemudian bapa kita akan ambil gelen yang mengandungi minyak tanah yang juga dipanggil minyak gas atau kerosin.

Minyak satu gelen dibeli dari kedai Kak Jemah sekitar RM3.00 satu gelen.

Jika tidak pun beli sebotol minyak tanah dengan harga tidak sampai RM1.00 sebotol.

Bapa akan masukkan minyak tadi ke dalam bekas minyak di bahagian bawah lampu minyak tanah.

Setelah dipastikan minyak sudah mencukupi, bapa akan mula mengepam lampu tadi — pam ada di bahagian bawah lampu – dekat dengan lubang untuk memasukkan minyak tanah tadi.

Beberapa minit kemudian, bapa mula membakar mentol lampu (kain) dan terus mengepam bagi memastikan angin cukup.

Setelah mentol terbakar, bapa mula memusing-musing satu tombol untuk memastikan angin dari dalam tangki cukup kuat untuk memastikan mentol tadi bertukar daripada merah kepada warna cerah.

Beberapa minit kemudian, rumah mula diterangi lampu minyak tanah.

Untuk memastikan lampu kekal cerah dan terang, bapa akan sentiasa mengepam lampu tadi.

Jika lampu sudah mula malap, bapa akan mengambil lampu dan mula mengepam hingga lampu kembali cerah.

Situasi ini agak lama juga dialami disebabkan belum ada sambungan elektrik dari rumah ke rumah. Lagi pun, kami tinggal di kawasan setinggan.

Beberapa tahun kemudian, ada sedikit wang lebih, bapa beli pula bateri kereta terpakai.

Bukan untuk menghidupkan kereta, tetapi untuk memasang lampu elektrik di rumah.

Jadi, kurang sedikit bergantung pada lampu minyak tanah.

Biasanya untuk lampu sahaja, bateri ini boleh bertahan tiga hari. Jika untuk menonton televisyen, biasanya setiap hari perlu dicaj di kedai tayar dan bateri kereta — RM3 sekali caj.

Untuk berjimat, bapa akan pastikan jam 9.00 malam, kami tidak lagi menggunakan lampu minyak tanah atau lampu yang sumber tenaganya bateri.

Akan digantikan dengan pelita minyak tanah sekadar untuk memastikan ada cahaya ketika tidur.

Apabila penduduk membeli jana kuasa kecil, bapa menyambung elektrik dari jana kuasa itu ke rumah kami.

Kosnya dibayar secara bulanan.

Tetapi, elektrik hanya mulai jam 7.00 malam hingga 11.malam. Itu pun bergantung kepada minyak mencukupi ataupun tidak. Jadi dapatlah kami menonton televisyen dan setiap bilik untuk ada cahaya lampu.

Tenaga suria

Jika ada lampu solar ketika itu, pasti hidup lebih mudah.

Bapa tidak perlu bersusah payah mengecaj bateri ataupun menyambung elektrik dari rumah orang lain.

Jika ada lampu solar, mungkin bapa hanya perlu meletakkan lampu itu di luar pada waktu siang untuk mendapatkan tenaga solar.

Hari ini, lampu menggunakan tenaga solar kian mendapat permintaan.

Walaupun tidak banyak, sekurang-kurangnya dapat menjimatkan sedikit kos penggunaan elektrik.

Sudah banyak lampu solar dijual. Malah, ada kedai khusus menjual lampu tenaga solar.

Daripada kecil hingga sebesar-besar lampu dijual.

Harga juga mampu milik.

Sekali bayar sampai bila-bila boleh dipakai, asalkan tidak rosak.

Kini banyak rumah sudah mula memasang lampu solar walaupun sekadar untuk menerangi pintu pagar rumah, serta kawasan rumah.

Malah, taman permainan juga banyak dipasang lampu solar, begitu juga lampu jalan raya.

Gerai jualan berkhemah pula banyak yang menggunakan lampu solar jika berjual hingga malam. Jika pun menggunakan elektrik, tiada masalah jika berlaku black out.

“Sik da masalah black out tok. Kamek ada lampu ajaib,” jelas peniaga sambil menunjukkan lampu solar yang sudah dicaj siangnya.

Ini menunjukkan masyarakat sudah dapat menerima solar sebagai tenaga alternatif dalam kehidupan selain tenaga elektrik.

Seorang rakan memaklumkan keluarganya menggunakan suria sebagai tenaga untuk menghidupkan lampu pada malam hari.

“Kami di kampung guna solar.

Selepas dicaj siang hari, dapatlah pasang lampu dan kipas pada malam hari.

Tidaklah tidur dalam gelap dan kepanasan,” jelasnya.

Namun untuk memasang panel solar di rumah, ada beberapa perkara perlu difikirkan.

Pertama, pilih kediaman atas tanah kerana lazimnya unit pangsapuri tidak sesuai untuk pemasangan panel solar. Kedua, mempunyai bumbung atau halaman rumah yang luas dan boleh memuatkan peralatan solar.

Ketiga, mempunyai bumbung yang kukuh tanpa sebarang kebocoran atau kerosakan bagi menyokong sistem solar yang berat, keempat kawasan yang mempunyai pengudaraan yang baik untuk menyimpan bateri. Kelima, perhatikan lokasi pemasangan

. Instalasi panel solar biasanya diletakkan di atap rumah kerana merupakan lokasi paling banyak mendapatkan sinar matahari dan beli komponen berkualiti tinggi.

Kos mahal?

Memetik laman web berapaharga. com, tiada kadar tetap bagi kos pemasangan solar kerana ia meliputi kawasan, barang yang digunakan, ketinggian bangunan, ukuran pemasangan, kualiti panel solar yang digunakan, dan skim atau syarikat yang dipilih.

Biasanya, pemasangan untuk kediaman standard berbeza daripada 4kW hingga 1

2kW, dengan kos antara RM16,000 hingga RM23,000 untuk sistem asas 3kW

. Ini antara yang membantutkan usaha untuk memasang panel solar di rumah.

Mungkin kerajaan boleh memikirkan bantuan ataupun subsidi khas untuk membantu rakyat memasang solar di rumah terutama di kawasan yang belum mempunyai akses penuh terhadap bekalan elektrik

. Seperti gesaan ADUN Opar Billy Sujang, Sarawak Energy Berhad perlu segera menghasilkan pelan tindakan bagi membangunkan kuasa solar atau kincir angin di kawasan strategik di Sarawak.

“Kesemuanya boleh digunakan untuk menjana elektrik yang bersih dan berpatutan serta dapat membantu mengurangkan kebergantungan Sarawak kepada sistem penjanaan tenaga secara konvensional.”

Jadi Sarawak boleh ke depan sebagai negeri yang fokus kepada tenaga solar.

Sekurang-kurangnya menyediakan inisiatif lain untuk rakyat negeri ini mendapatkan tenaga elektrik untuk keperluan harian.

LAIN-LAIN BERITA

Tidak ada duit ketika jadi ahli parlimen

MENJADI ahli parlimen pada usia 26 tahun, adalah sesuatu yang mengejutkan bagi dirinya. Sejak di universiti memang beliau memasang impian untuk memasuki politik, namun beliau

Cara indah hargai orang

KETIKA lepak santai-santai sambil minum teh panas di sebuah kedai makan, perbualan kami lepasan sekolah menengah di Kuching rancak tentang kejadian banjir kilat melanda Kuching,

Sarawak dahului inisiatif tenaga hijau

DALAM usaha untuk mengejar kelestarian alam dan kemajuan ekonomi, inisiatif tenaga hijau telah menjadi fokus utama bagi banyak negara. Di bawah kepimpinan Premier Sarawak, Datuk

Impak medsos dalam Pilpres 2024

PASANGAN Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka terus unggul dalam kiraan sebenar (real count) bagi keputusan Pemilihan Presiden (Pilpres) 2024 oleh Komisi Pemilihan Umum (KPU). Menurut media

Jaga adab di jalan raya

TIDAK kira hujan atau panas, kebanyakan lelaki lebih gemar menunggang motosikal untuk ke tempat bekerja. Walaupun terpaksa menggunakan baju hujan, motosikal tetap pilihan utama mencari

Kisah Prabowo panglima terbuang

BERDASARKAN hitung pantas, Prabowo Subianto sudah hampir pasti akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Republik Indonesia ketujuh pada Oktober depan. Kiraan pantas dan tidak rasmi tersebut

BERITA TERBARU