ARTIKEL

Mangsa banjir di Pakan meningkat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARIKEI: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pakan meningkat seramai 13 orang.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Julau Lt.M (PA) Vincent Jeavie Johntin berkata, penambahan terkini melibatkan tiga penghuni dari Rumah Merapu.

Katanya, kesemua mangsa yang ditempatkan di PPS Pakan kini terdiri daripada warga emas, dewasa dan kanak-kanak.

“Kesemua mereka dari Rumah Temuai, Rumah Aji Melay dan Rumah Merampu terpaksa dipindahkan selepas kediaman masing-masing dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan.

Mangsa yang ditempatkan di PPS Pakan.

Menyentuh situasi banjir Pakan, beliau berkata, paras air masih di tahap membimbangkan kerana hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Dalam pada itu, Adun Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom turut meluangkan masa meninjau keadaan mangsa.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha