Mangsa kebakaran Semop dibantu

DARO: Keprihatinan wakil rakyat GPS terserlah apabila tampil menghulurkan sumbangan kepada mangsa kebakaran rumah PPRT di Kampung Semop.

Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam, Abdullah Saidol dan Ahli Parlimen Tanjung Manis, Yusuf Abd Wahab menyerahkan sumbangan kepada mangsa melalui pegawai pusat khidmat masing-masing hari ini.

Sumbangan Abdullah disampaikan wakilnya, Mohammad Hussein Narawi manakala Yusuf pula oleh Sokri Murni.

Bantuan dihulurkan bertujuan meringankan beban semua mangsa yang terlibat dalam tragedi berkenaan.

Dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu, enam sekeluarga tinggal sepinggang apabila rumah PPRT yang didiami mereka musnah dalam kebakaran.

Insiden itu nyaris meranapkan sebuah lagi rumah berhampiran namun sempat diselamatkan oleh penduduk kampung yang memadam kebakaran dengan menggunakan air sungai yang disalurkan menggunakan pam.

Semua mangsa bagaimana pun terselamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Dalam pada itu, Setiausaha Politik Ketua Menteri, Abu Seman Jahwie turut mengunjungi mangsa sambil menghulurkan sumbangan pribadi beliau.

“Saya mendoakan semua urusan mangsa dipermudahkan. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan itu,” ujarnya.

Mohammad Hussien menyerahkan sumbangan ADUN Semop, Abdullah Saidol kepada mangsa sambil diperhatikan Abu Seman Jahwie.

 

Yusuf turut menghulurkan sumbangan melalui wakilnya Sokri Murni.

 

Nasib malang mangsa kebakaran Semop mendapat perihatian

Suara Sarawak