ARTIKEL

Mangsa kebakaran Taman Suria Matang Jaya terima sumbangan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sebanyak 12 keluarga mangsa kebakaran di Taman Suria Matang Jaya, di sini menerima sumbangan daripada Persatuan Kebajikan Harapan Kuching (Hope Place), semalam.

Menurut pengasasnya Kelvin Wan, pihaknya menghulurkan sumbangan berupa makanan dan beberapa keperluan asas lain bertujuan meringankan beban mangsa yang terlibat.

“Antara bantuan adalah makanan asas, pelitup muka, cecair pembersih tangan, tuala, berus gigi, ubat gigi, tilam dan pakaian terpakai.

“Sumbangan telah disampaikan kepada Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Veronica Sunda, beliau akan mengagihkan bantuan tersebut kepada semua keluarga yang terjejas,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Orang ramai yang berminat untuk menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Hope Place di talian 082-505987 pada waktu pejabat.

Pada awal pagi Rabu lalu, sejumlah 14 unit di blok rumah pangsa, Taman Suria Matang Jaya musnah dalam kebakaran.

Kebakaran bangunan empat tingkat jenis kekal itu turut menyebabkan tujuh buah motosikal penghuninya rosak terbakar.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

A. Aida reda filem tiada sambutan

PENERBIT terkenal, Datuk A. Aida menerima dengan hati terbuka hakikat bahawa filem terbitannya, Bisikan Nafsu, tidak mendapat sambutan seperti yang diharapkan selepas mula ditayangkan di

A310 VISION tampil futuristik

ALPINE memperkenalkan A310 Vision, sebuah kereta konsep eksklusif sempena ulang tahun ke-55 pengenalan model kereta sukan A310 pada 1971. Kereta konsep yang dihasilkan dalam satu