ARTIKEL

Ling Dien Yong mewakili Tiong Sii meninjau keadaan rumah yang terkesan ekoran tanah runtuh pada 11 April lalu. - Foto: UKAS

Mangsa tanah runtuh terima bantuan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

REPOK: Mangsa-mangsa tanah runtuh di Rumah Jupong dan Rumah Augustine di sini menerima bantuan dan sumbangan khas daripada Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Huang Tiong Sii.

Kejadian yang berlaku pada 11 April lepas menjejaskan dua buah bilik di Rumah Jupong ekoran hujan lebat yang melanda kawasan tersebut pada hari sama. 

Sehubungan itu Tiong Sii, yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, telah menghantar wakilnya, Ling Dien Yong, untuk turun padang dan menyalurkan bantuannya.

Buat masa ini, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menasihatkan penduduk supaya lebih berhati-hati atau berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Para penduduk juga perlu bertindak pantas dengan melaporkan kepada pihak APM atau agensi penyelamat lain sekiranya berlaku runtuhan tanah lagi di kawasan tersebut. 

Tiong Sii memberitahu, projek membaik pulih kerosakan rumah panjang berkenaan akan dilaksanakan segera di bawah seliaan Majlis Daerah Sarikei dengan peruntukan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) yang akan disalurkan kemudian.

Hadir sama, Penolong Jurutera Majlis Daerah Sarikei, Joviana Joklin. – EDISI UKAS

BERITA LAIN

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA

Reruai Sarawak curi perhatian pengunjung

KUCHING: Sambutan Hari Muzium Antarabangsa tahun ini mendapat pujian ramai termasuk Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah. Majlis

10 gadis jelita rebut gelaran Kumang Gawai

SIBU: Seramai 10 gadis jelita merebut gelaran Kumang Gawai Dayak Sibu 2024 yang akan berlangsung sempena Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak Peringkat Bahagian Sibu

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA