ARTIKEL

People walk by the entrance of the Siam Paragon shopping mall in Bangkok on October 4, 2023, a day after a shooting at the mall that left two people dead. Thailand's prime minister on October 4 vowed "preventive measures" after a shooting at a Bangkok shopping mall left two people dead and raised fresh questions about the kingdom's gun control. (Photo by Lillian SUWANRUMPHA / AFP)

Mangsa terima pampasan 14.15 juta baht

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BANGKOK: Kerajaan Thailand dan sektor swasta bergabung tenaga untuk menawarkan pampasan 14.15 juta baht (100 baht = RM12.68) kepada keluarga mangsa yang maut atau cedera dalam kejadian tembakan di sebuah pusat beli-belah di Bangkok.

Menteri Pelancongan dan Sukan, Sudawan Wangsuphakijkosol berkata, keluarga mangsa yang meninggal dunia menerima 6.2 juta baht setiap seorang, iaitu 1.2 juta baht daripada Kerajaan Thailand manakala 5 juta baht daripada sektor swasta, khususnya pusat beli-belah Siam Paragon.

Selain itu, Wangsuphakijkosol berkata mangsa yang cedera menerima 350,000 baht setiap seorang, dengan 50,000 baht daripada kerajaan manakala 300,000 baht dari pusat beli-belah Siam Paragon.

“Di samping itu, Giffarine Skyline Unity Co.,Ltd menyatakan hasratnya untuk menyumbang 1 juta baht kepada kerajaan untuk usaha bantuan kepada mereka yang terjejas oleh insiden tragis ini,” katanya.

Tragedi menyayat hati itu berlaku pada Selasa apabila penyerang berusia 14 tahun, menggunakan pistol yang diubah suai, melepaskan tembakan dalam lingkungan Siam Paragon.

Perbuatan itu mengakibatkan kehilangan nyawa, termasuk seorang warga China dan Myanmar manakala lima lagi cedera.

Remaja itu kini berdepan dengan lima pertuduhan, termasuk membunuh terancang dan pemilikan senjata api secara haram.

Sementara itu, ibu bapa suspek memohon maaf kepada keluarga mangsa, mangsa yang cedera dan keluarga masing-masing.

Dalam surat yang ditujukan kepada pihak yang terjejas, bapa suspek menyatakan kekesalan yang mendalaM.

“Saya dan keluarga dengan rendah hati ingin memohon ampun dan maaf yang mendalam kepada keluarga mangsa, yang cedera dan keluarga mereka yang paling terjejas oleh kejadian ini dan kepada semua orang dari lubuk hati kami yang paling dalam, serta dengan penuh hormat.

“Kami juga amat kesal dengan kerosakan dan impak kepada negara secara keseluruhan,” kata bapa itu dalam sepucuk surat. Beliau seterusnya mengesahkan bahawa anaknya kini ditahan di Pusat Pemerhatian dan Perlindungan Juvana mengikut arahan Mahkamah Juvana.

“Saya dan keluarga tidak memohon ikat jamin kerana kami berhasrat untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk mencari fakta dan memastikan kejadian keganasan sama tidak berulang,” katanya.

Bapa tersebut berkata, keluarganya berjanji untuk bekerjasama dengan polis, pegawai kerajaan dan setiap agensi yang diperlukan berhubung prosiding undang-undang itu serta menyokong sebarang pengurangan dan usaha untuk membetulkan kesan peristiwa ini sebaik mungkin. – Bernama

BERITA LAIN

Pemimpin utama parti lipas dipenjara

NEW DELHI: Dua pemimpin parti pimpinan golongan muda India, Cockroach Janta Party (CJP), telah dikenakan perintah reman selama lima hari pada Rabu, ketika polis memperhebat

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan