ARTIKEL

Fatimah Abdullah

Manifestasi kesaksamaan gender — kewarganegaraan anak lahir luar negara untuk ibu Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pemberian kewarganegaraan kepada anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dijangka dimuktamadkan tidak lama lagi.

Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, berkata langkah ini penting untuk memastikan hak ibu diiktiraf sama rata dengan bapa.

“Moga menjadi kenyataan (kelulusan pemberian hak warganegara kepada anak yang lahir kepada ibu warganegara Malaysia) tidak lama lagi.

“Manifestasi kesaksamaan gender dalam menentukan kewarganegaraan bagi anak yang dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia,” ujarnya ringkas ketika dihubungi Suara Sarawak.

Menurut laporan Bernama, kerajaan sedang menyemak dan meminda Peraturan Warganegara 1964 serta Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 bagi membolehkan anak dilahirkan di luar negara oleh ibu warganegara Malaysia dan bapa warga asing memperoleh kewarganegaraan secara automatik.

Langkah ini susulan kelulusan Rang Undang-Undang (Pindaan) Perlembagaan 2024 di Dewan Rakyat pada 17 Oktober tahun lalu, dengan tujuan memperkukuh prinsip keadilan, kesamarataan dan ketelusan dalam pemberian kewarganegaraan.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution, menjelaskan bahawa ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan lelaki warga asing boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka di pejabat kedutaan, dengan sijil lahir menyatakan status anak sebagai warganegara Malaysia.

Proses pemuktamadan kini berada di fasa akhir, dengan lebih 50,000 kes tertunggak permohonan kewarganegaraan yang kini tinggal kira-kira 6,000 kes lama, menunjukkan komitmen kerajaan mempercepatkan keputusan.

Langkah ini dilihat sebagai pencapaian penting untuk memastikan hak ibu warganegara diiktiraf setara dengan bapa, sekali gus menegakkan kesaksamaan gender dalam isu kewarganegaraan.

BERITA LAIN

SEMAKIN DIGITAL, semakin selamatkah kita?

TEKNOLOGI digital dan kecerdasan buatan (AI) kini berkembang dengan begitu pesat dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat. Namun, di sebalik kemudahan yang dinikmati untuk bekerja, belajar

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,