Manyin tunggu pekeliling daripada KPM yang melarang wakil GPS melawat sekolah di Sarawak

KUCHING: Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi menunggu pekeliling daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melarang wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) menghadiri sebarang acara sekolah-sekolah di Sarawak.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Seri Michael Manyin Jawong berkata, setakat ini, larangan wakil GPS untuk melawat sekolah-sekolah di Sarawak adalah melalui pesanan aplikasi Whatapps.

“Ya, memang benar terdapat larangan terhadap wakil rakyat GPS menghadiri acara di sekolah-sekolah Sarawak menerusi pesanan aplikasi Whatapps namun kita masih belum menerima sebarang pekeliling daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

“Keputusan KPM berbuat demikian adalah atas arahan Kerajaan Persekutuan,” katanya ketika menjawab soalan daripada Datuk Henry Jinep (GPS-Tasik Biru) semasa ucapan penggulungan Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi sempena Persidangan Dun Ke-18 di sini, sebentar tadi.

Suara Sarawak