PENAMPILAN pelakon berpengalaman, Marissa Yasmin, dalam drama Bidaah nyata memberi kesan mendalam kepada penonton, hingga ada yang menyangka beliau kini tampil bertudung secara tetap.
Memegang watak Umi Hafi zah, seorang wanita berhijab dan berniqab dalam drama tersebut, Marissa atau nama sebenarnya Marissa Yasmin Mariam Yaakob, menerima pelbagai teguran dan pertanyaan, khususnya daripada peminat baharu dari Indonesia yang terkesan dengan imej lakonannya.
Menurut Marissa, kekeliruan itu mungkin timbul apabila penonton terbawa-bawa dengan watak yang dilakonkannya, terutama apabila melihat penampilannya dalam drama lain yang tidak berhijab.
“Penonton sangat terbawa-bawa dengan watak Umi Hafi zah. Apabila melihat saya di luar, mereka berasa pelik.
Melihat saya dalam drama lain yang tidak bertudung juga membuatkan ramai yang terkejut.
“Saya tidak menyalahkan mereka, malah menghormati permintaan mereka.
Saya anggap teguran itu sebagai tanda keprihatinan sesama umat Islam dan mohon semua doakan yang terbaik untuk saya,” ujarnya lagi.
Tambah Marissa, imej bertudung dan berniqab yang ditampilkan hanyalah tuntutan watak semata-mata, dan dia berharap orang ramai tidak membuat andaian sendiri mengenai kehidupan peribadinya.



