ARTIKEL

DANIEL Lek bersama menu pilihan utama pelanggan Marrybrown. Bernama

Marrybrown tembusi pasaran global

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Rangkaian restoran makanan segera tempatan, Marrybrown menyasarkan pembukaan 30 cawangan baharu di seluruh negara pada 2027 sebagai sebahagian daripada strategi memperluas operasi dan memperkukuh kedudukannya dalam industri makanan segera.

Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown Malaysia, Daniel Lek Seong Chan berkata, perancangan itu sejajar dengan usaha syarikat untuk terus mengembangkan rangkaian perniagaannya bagi memenuhi permintaan pengguna di pasaran domestik.

“Marrybrown kini mempunyai kira-kira 300 cawangan di Malaysia, dengan Johor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sekitar 100 cawangan memandangkan jenama itu berasal dari negeri berkenaan,” katanya kepada Bernama selepas hadir perasmian Program Jelajah Pameran Francais Antarabangsa Malaysia (Road to FIM2027).

Beliau berkata syarikat juga merancang memperluas rangkaiannya di Johor seiring perkembangan ekonomi negeri, termasuk pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.

Berhubung perkembangan antarabangsa, Daniel berkata Marrybrown yang kini mempunyai kira-kira 500 cawangan di 16 negara termasuk Malaysia turut merancang meneroka pasaran baharu, termasuk Kemboja dan Mesir.

Beliau berkata cawangan pertama di Kemboja dijadual dibuka pada November ini, dengan kerja pengubahsuaian premis sedang dilaksanakan.

Daniel berkata syarikatnya menyasarkan untuk terus memperluas kehadiran antarabangsanya dengan meneroka antara tiga hingga lima pasaran negara baharu setiap tahun, tertakluk kepada peluang perniagaan yang dikenal pasti.

Beliau berkata usaha itu turut dilaksanakan menerusi kerjasama dengan pelbagai pihak, termasuk agensi berkaitan dan Persatuan Francais Malaysia (MFA), bagi memperkukuh kedudukan jenama tempatan di pasaran global.

“Kira-kira 90 peratus bahan mentah yang digunakan Marrybrown diperoleh daripada pembekal tempatan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi menyokong rantaian bekalan domestik.

“Selain itu, syarikat turut mengekalkan harga menu buat masa ini dengan memberi keutamaan kepada penawaran makanan pada harga berpatutan kepada pengguna,” katanya.

BERITA LAIN

Pembiayaan strategik MARA pacu ekonomi bumiputera

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memperkukuh pendekatan pembiayaan strategik dalam sektor pendidikan dan keusahawanan bagi memastikan graduan memperoleh pekerjaan bergaji setimpal kemahiran selain

4.63 juta rakyat M’sia terima manfaat

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 4.63 juta rakyat mendapat manfaat daripada 3,344 siri Jualan Agro MADANI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang diadakan di seluruh negara bermula

BERITA TERBARU

Singapura siasat 10 syarikat berkait jerebu

SINGAPURA: Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura mengeluarkan notis kepada 10 syarikat berdaftar di Singapura yang menjalankan perniagaan minyak kelapa sawit dan perhutanan bagi mendapatkan

Pembiayaan strategik MARA pacu ekonomi bumiputera

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memperkukuh pendekatan pembiayaan strategik dalam sektor pendidikan dan keusahawanan bagi memastikan graduan memperoleh pekerjaan bergaji setimpal kemahiran selain