ARTIKEL

FOTO fail ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (MARA). | Bernama

Pembiayaan strategik MARA pacu ekonomi bumiputera

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memperkukuh pendekatan pembiayaan strategik dalam sektor pendidikan dan keusahawanan bagi memastikan graduan memperoleh pekerjaan bergaji setimpal kemahiran selain memacu skala perniagaan usahawan bumiputera ke peringkat lebih tinggi.

Ketua Pengarahnya, Dr. Mahzan Teh berkata, pendekatan berasaskan impak itu penting bagi memastikan setiap dana yang disalurkan bukan sekadar menyediakan akses pendidikan atau bantuan perniagaan, malah memberi pulangan lebih besar kepada pembangunan sosioekonomi bumiputera secara menyeluruh.

“Kita tidak boleh menaja semata-mata. Sebab itu, dalam sektor pendidikan, kita perlu ada pembiayaan strategik.

“Asas pembiayaan pendidikan kita mesti dinilai berasaskan berapa ramai pelajar yang dihantar ke bidang strategik serta berapa ramai yang berjaya menempatkan diri di universiti terkemuka, sama ada di dalam mahupun luar negara,” katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara bertajuk “Merealisasi Belanjawan 2027” terbitan Bernama TV.

Dr. Mahzan berkata, pendekatan sama turut diterapkan dalam pembiayaan keusahawanan dengan merangka laluan pembangunan yang jelas supaya peniaga dapat berkembang daripada peringkat mikro dan kecil kepada sederhana, seterusnya muncul sebagai pemain industri berskala besar.

Beliau berkata, langkah itu digembleng menerusi jalinan kerjasama strategik bersama pelbagai agensi utama seperti Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia bagi memperkukuh rantaian ekosistem perniagaan.

Beliau berkata, MARA kini tidak lagi bergerak secara berasingan, sebaliknya menyelaraskan ketiga-tiga teras utamanya iaitu sektor pendidikan, keusahawanan dan pelaburan agar seiring bagi menghasilkan impak limpahan ekonomi yang lebih berkesan.

Menyentuh institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah agensi itu, Dr. Mahzan berkata, walaupun kadar kebolehpasaran graduan kini mencecah antara 97 hingga 99 peratus, tumpuan kini beralih kepada kualiti kerjaya dan pendapatan mereka.

“Kejayaan institusi TVET MARA tidak seharusnya diukur berdasarkan kadar kebolehpasaran graduan semata-mata, sebaliknya turut mengambil kira kualiti pekerjaan dan penawaran gaji yang setimpal dengan kemahiran serta kompetensi mereka,” tegasnya.

Bagi memastikan kurikulum pendidikan sentiasa memenuhi keperluan pasaran kerja semasa, beliau berkata MARA turut menerapkan pendekatan 3IE yang merangkumi industri, institusi, antarabangsa dan keusahawanan.

Katanya, keseluruhan inisiatif berkenaan berpandukan Pelan Strategik MARA 2026-2030 yang menjadi pelan induk pemerkasaan modal insan, pemantapan usahawan dan lonjakan penguasaan ekonomi bumiputera. – Bernama

BERITA LAIN

Marrybrown tembusi pasaran global

JOHOR BAHRU: Rangkaian restoran makanan segera tempatan, Marrybrown menyasarkan pembukaan 30 cawangan baharu di seluruh negara pada 2027 sebagai sebahagian daripada strategi memperluas operasi dan

4.63 juta rakyat M’sia terima manfaat

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 4.63 juta rakyat mendapat manfaat daripada 3,344 siri Jualan Agro MADANI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang diadakan di seluruh negara bermula

BERITA TERBARU

Singapura siasat 10 syarikat berkait jerebu

SINGAPURA: Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura mengeluarkan notis kepada 10 syarikat berdaftar di Singapura yang menjalankan perniagaan minyak kelapa sawit dan perhutanan bagi mendapatkan

Marrybrown tembusi pasaran global

JOHOR BAHRU: Rangkaian restoran makanan segera tempatan, Marrybrown menyasarkan pembukaan 30 cawangan baharu di seluruh negara pada 2027 sebagai sebahagian daripada strategi memperluas operasi dan