ARTIKEL

FOTO fail menunjuk-kan deretan kapal di Selat Singapura pada 18 Oktober 2026, ketika ne-gara itu terus diselubun-gi jerebu yang berpunca daripada kebakaran di Indonesia. | AFP

Singapura siasat 10 syarikat berkait jerebu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SINGAPURA: Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura mengeluarkan notis kepada 10 syarikat berdaftar di Singapura yang menjalankan perniagaan minyak kelapa sawit dan perhutanan bagi mendapatkan maklumat mengenai kemungkinan kaitan mereka dengan kebakaran hutan di Indonesia serta pencemaran jerebu rentas sempadan.

Notis yang dikeluarkan di bawah Seksyen 10 Akta Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan Singapura (THPA) itu menghendaki syarikat berkenaan memberikan butiran mengenai konsesi tanah mereka, hubungan korporat serta langkah yang diambil untuk mencegah atau memadam kebakaran sepanjang musim kering.

Menerusi satu kenyataan pada Jumaat lalu, NEA berkata, 10 syarikat itu sama ada memiliki konsesi tanah di Indonesia atau mempunyai syarikat berkaitan yang memegang konsesi sedemikian.

“Kesemua 10 syarikat berdaftar di Singapura ini menjalankan perniagaan minyak sawit atau perhutanan dan memiliki konsesi tanah di Indonesia atau mempunyai syarikat berkaitan yang memegang konsesi tanah sedemikian,” menurut kenyataan itu.

Antara syarikat berkenaan ialah Asia Pulp & Paper Company Ltd, Bumitama Agri Ltd, Golden Agri International Pte Ltd, First Resources Ltd dan Wilmar International Ltd.

“NEA komited sepenuhnya untuk mengenal pasti dan memastikan semua syarikat tempatan atau asing yang menyebabkan atau menyumbang kepada jerebu rentas sempadan di Singapura dipertanggungjawabkan di bawah THPA,” menurut kenyataan itu.

Tindakan terbaharu itu menyusuli pengeluaran notis langkah pencegahan (PMN) oleh NEA kepada 10 syarikat di Indonesia berhubung dakwaan pelibatan mereka dalam kebakaran di Sumatera dan Kalimantan.

PMN itu menghendaki syarikat berkenaan mengerah anggota pemadam kebakaran untuk memadam kebakaran di tanah milik atau yang diduduki mereka serta mencegah api daripada merebak.

Kesemua syarikat berkenaan juga perlu menghentikan atau tidak melakukan aktiviti pembakaran serta mengemukakan pelan tindakan kepada NEA yang memperincikan langkah untuk memadam kebakaran dan mencegah kejadian itu daripada berulang. – Bernama

BERITA LAIN

1.16 tan ketamin dirampas

MEDAN: Pihak berkuasa Indonesia merampas dadah jenis ketamin bernilai kira-kira AS$192 juta dari sebuah kapal tangki yang dipintas di luar perairan Wilayah Sumatera Utara, kata

4.63 juta rakyat M’sia terima manfaat

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 4.63 juta rakyat mendapat manfaat daripada 3,344 siri Jualan Agro MADANI Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang diadakan di seluruh negara bermula

BERITA TERBARU

Marrybrown tembusi pasaran global

JOHOR BAHRU: Rangkaian restoran makanan segera tempatan, Marrybrown menyasarkan pembukaan 30 cawangan baharu di seluruh negara pada 2027 sebagai sebahagian daripada strategi memperluas operasi dan

Pembiayaan strategik MARA pacu ekonomi bumiputera

KUALA LUMPUR: Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan memperkukuh pendekatan pembiayaan strategik dalam sektor pendidikan dan keusahawanan bagi memastikan graduan memperoleh pekerjaan bergaji setimpal kemahiran selain