ARTIKEL

Masa berkualiti bersama keluarga

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEPERLUAN dan komitmen hidup memaksa individu mengejar harta dunia sekali gus menghabiskan banyak masa untuk bekerja.

Ia menjadi cabaran buat ibu bapa moden memastikan dapur sentiasa berasap dan memainkan peranan sebagai guru di rumah.

Sekitar lima hingga enam hari seminggu bekerja dan lapan jam sehari, tidak termasuk kerja lebih masa.

Malah, waktu cuti pula ada yang menghabiskan masa dengan melakukan “hobi yang terabai” ketika bekerja.

Pun begitu, hakikat tersebut tidak dapat dinafikan untuk keselesaan hidup.

Justeru, perkara terbaik dilakukan ialah pengurusan masa berkualiti bersama-sama keluarga.

Masa berkualiti merujuk kepada tempoh aktiviti yang dilakukan bersama-sama ahli keluarga walaupun singkat.

KOMUNIKASI MENDALAM

Umum mengetahui, komunikasi merupakan kunci dalam hubungan dan mengelak salah faham.

Luangkan masa anda untuk berkomunikasi dengan ahli keluarga tentang apa-apa topik harian.

Meluah merupakan terapi diri.

Luah perasaan harian anda dengan ahli keluarga agar mereka berasa selesa dan menjadikan anda sebagai rakan.

Kurang komunikasi boleh menjadi penghalang atau dinding antara ibu bapa dan anak.

Ramai berpendapat perkembagan hubungan anak dan ibu bapa adalah secara semula jadi dan setiap salah faham boleh diatasi seiring waktu.

Namun, adakah anak mereka berfikir sama seperti ibu bapa mereka?

Mungkin atas dasar kasihan atau hormat, si anak terus diam dan memendam rasa seterusnya menjalani kehidupan seperti biasa.

Namun, dalam jangka masa panjang, perkara tersebut dapat menjejaskan hubungan anak dan ibu bapa.

Justeru, penting komunikasi agar segala salah faham dapat diperbetul dan anak tidak memendam.

KUALITI HUBUNGAN

Apabila hubungan sesebuah keluarga tersebut terjaga, anakanak tidak berasa segan atau takut untuk meluah perasaan mereka.

Ia membolehkan si anak terus-menerus berkongsi kisah harian dengan ibu bapa.

Golongan ini biasanya tidak berkongsi soal perasaan mereka, namun apabila anda berjaya membuat mereka berasa selesa, ia bukan perkara mustahil.

Pada peringkat ini juga, ibu bapa hendaklah sentiasa berhati-hati agar tidak mengeksploitasi kepercayaan mereka.

LEBIH SELAMAT

Meluangkan masa dengan keluarga menggambarkan bahawa anak berasa lebih selamat dan terjamin di rumah.

Situasi ini boleh mewujudkan keadaan harmoni dan membantu kesihatan mental mereka.

Implikasi kesihatan mental seharusnya tidak dipandang ringan. Ramai ibu bapa yang tidak menyedari bahawa anak mereka mengalami masalah kesihatan mental.

Ibu bapa yang mempunyai hubungan kukuh dengan anaknya juga sering dijadikan rujukan utama.

Hal ini membantu membentuk disiplin anak pada peringkat awal.

Justeru, penting bagi ibu bapa memahami cara anak mereka berfikir untuk menjalin hubungan lebih rapat dan ia boleh dilakuakan dengan masa berkualiti.

BERITA LAIN

PENTAS SI CILIK serlah potensi diri

Pertandingan Putra Putri Cilik 2026 Edisi Karlas menjadi medan mencungkil bakat kanak-kanak dan remaja, di samping membina keyakinan diri, memupuk keberanian serta menyemai nilai keprihatinan

Tiga kursus buka perspektif baharu

PADA 6 dan 7 Oktober lalu, saya menghadiri kursus AI for Admin, HR & Secretaries di sebuah hotel di pusat bandar raya Kuching. Kursus selama

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha