Masa depan ekonomi digital S’wak cerah

KUCHING: Sarawak mempunyai masa depan cerah dalam bidang ekonomi digital dengan kewujudan Sarawak Digital Economy Corporation (SDEC) dan Centre Of Technical Excellence Sarawak (Centexs). Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, kewujudan dua agensi di bawah Kerajaan Sarawak itu menjadi pemangkin utama pembangunan digital negeri ini.

“Masa depan Sarawak amat cerah dalam ekonomi digital kerana kita mempunyai agensi khas,” katanya. Beliau berkata demikian selepas melawat SDEC dan Centexs di sini, semalam.

Lawatan sambil belajar itu turut disertai exco Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai. Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) berkata, SDEC kini dalam proses membangunkan infrastruktur digital ekonomi di seluruh negeri.

….Untuk berita selanjutnya dapatkan naskhah Suara Sarawak 01 Apr 2021

Suara Sarawak