ARTIKEL

SESAK…Keadaan kenderaan yang sukar untuk bergerak setelah sistem lampu isyarat mengalami masalah ketika bekalan elektrik terputus, hari ini.

Masalah teknikal jana kuasa di Loji Hidroelektrik Bakun punca gangguan elektrik

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Sarawak tengah hari tadi disebabkan masalah teknikal jana kuasa (generator trip) di Loji Hidroelektrik Bakun (HEP).

Generator trip merujuk kepada situasi apabila generator elektrik secara automatik atau manual dihentikan operasinya akibat sesuatu masalah atau keadaan yang tidak normal.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Sarawak Energy, Ir James Ung, gangguan elektrik di beberapa kawasan Kuching, Sibu, Bintulu, dan Miri sejak 12.57 petang berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula pada 1.10 petang, hari ini.

“Hampir semua kawasan dipulihkan pada 2.20 petang. Pemulihan sepenuhnya ke semua kawasan kediaman selesai pada 3.11 petang,” katanya dalam kenyataan, sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau mezahirkan ucapan terima kasih kepada orang awam atas kesabaran ketika pasukan teknikal syarikat bekerja untuk memulihkan bekalan elektrik sepanjang tempoh gangguan.

Kata Ir James, pihaknya mempunyai bekalan kuasa yang mencukupi untuk menstabilkan grid dan kapasiti yang cukup untuk memenuhi permintaan selepas pemulihan sistem di Bakun HEP.

“Kami melancarkan siasatan segera untuk menyiasat punca kejadian ini.

“Sarawak Energy memohon maaf dengan ikhlas atas kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan yang terjejas akibat gangguan bekalan elektrik ini, sementara pasukan teknikal kami berusaha untuk memulihkan bekalan dengan selamat dan cepat,” tambah beliau.

Ir James turut menegaskan bahawa Sarawak Energy komited untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan kecekapan sistem tenaga mereka.

Bagi melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik, pelanggan boleh menghubungi Sarawak Energy di talian 1300-88-3111 atau melalui aplikasi mudah alih mereka.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha