ARTIKEL

Masihkah ada sinar untuk kami?

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KOTA SAMARAHAN: Jika tidak menjual kuih-muih, dapur kami tidak berasap kata Ajibah Yusof, 42.

Ibu kepada tujuh anak dari Kampung Tanjong Bundong di sini mengharapkan ada sinar baharu bagi dirinya bersama-sama keluarga menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

“Suami saya tidak bekerja kerana mempunyai masalah kesihatan setelah dimasukkan besi di bahagian paha dan bahu akibat kemalangan sebelum ini.

“Maka, dia tidak dapat mengangkat barang berat malah mempunyai asma terutamanya ketika sejuk,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak semalam.

Ajibah menambah, beliau sekeluarga menerima Bantuan Kanak-kanak (BKK) daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM450 untuk empat orang anaknya yang masih bersekolah, namun tidak mencukupi.

“Saya mula menerima bantuan tersebut pada tahun ini. Sebelum menerima bantuan, saya menggunakan pendapatan dengan menjual kuih-muih untuk menyekolahkan anak-anak,” jelasnya.

Katanya, akibat kesempitan hidup, anak bongsunya yang kini berusia setahun lima bulan diangkat orang lain.

Enam lagi anaknya ialah Mohd Aiman Alif, 19, yang kini menuntut di Giatmara Kota Samarahan, Mohd Azri Syukri, 17, Mohd Aizil Fiqry, 13, Mohd Aidid Aflin, 10, Nur Azieta Qiestyna, tujuh dan Mohd Arfiq Irfan, empat.

Baca lain  KWSP: Hati-hati dengan laman web palsu

Tambah Ajibah, pendapatan yang diperoleh dengan menjual kuih-muih hanya dalam lingkungan RM70 hingga RM100 sehari.

“Pendapatan ini termasuk jumlah pusingan modal, jadi, tiada untung kerana perlu digunakan untuk perbelanjaan seharian.

Jika saya tidak menjual kuih-muih, dapur kami tidak berasap,” katanya.

Beliau turut memberitahu pernah memohon bantuan e-kasih daripada JKM tetapi setakat ini belum menerima sebarang perkembangan terkini.

“Saya ingin memohon e-kasih kerana kerana buat masa ini saya membuat kuih-muih menggunakan tangan. Saya ingin memohon bantuan daripada segi mesin membuat kuih-muih kerana lebih memudahkan dan pengeluaran mungkin lebih meningkat,” ujarnya.

BERITA LAIN

Mayat penyelam ditemui terapung

MIRI: Mayat seorang lelaki yang melakukan aktiviti penyelaman di Taman Negara Terumbu Karang Miri/Sibuti kira-kira 19 batu nautika di perairan Miri ditemui terapung tengah hari

Duit sewa rumah boleh disimpan

DISKAUN 50 peratus sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mula Januari hingga Jun depan. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,200 penyewa Skim Perumahan

Tegas tegur penumpang

KUCHING: Tragedi feri Triso yang berlaku pada hari pertama tahun ini menggemparkan seluruh negara apabila mengorbankan sembilan mangsa sekali gus dengan paling muda berusia empat

Pengalaman berharga wartawan pelatih

KUCHING: Menjalani latihan industri sebelum menamatkan pengajian di universiti sebenarnya bukan setakat memenuhi syarat untuk lulus di peringkat universiti, namun ia akan menjadi pengalaman dan

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,