ARTIKEL

Masing individu penting dalam sejarah Sarawak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mendiang Tan Sri James Jemut Masing merupakan individu penting dalam sejarah Sarawak, kata Menteri Muda Hal Ehwal Korporat dan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Datuk Abdullah Saidol.

Menurutnya, mendiang seorang pemimpin veteran yang berpengalaman, cemerlang serta telah melalui pelbagai detik politik di negeri ini sejak sekian lama.

“Kita kehilangan seorang anak jati Sarawak berbangsa Iban.

“Saya masih ingat dan akan sentiasa mengingati kata-kata hikmah beliau iaitu tidak mengapa kamu berjuang tentang kebajikan kaum kamu sendiri, tetapi jangan sesekali melampaui batas politik sehingga melibatkan isu perkauman atau kebencian yang semata-mata untuk meraih populariti politk,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas memberi penghormatan terakhir ke atas mendiang Timbalan Ketua Menteri Tan Sri James Jemut Masing di sini, hari ini.

BERITA LAIN

Pembangunan desa perlu kerjasama kerajaan, masyarakat

BINTULU: Kerjasama erat antara kerajaan, agensi pelaksana dan masyarakat setempat menjadi faktor penting bagi memastikan agenda pembangunan desa dilaksanakan secara inklusif, menyeluruh dan menepati keperluan

BERITA TERBARU