ARTIKEL

Ruslan menyerahkan hak milik Masjid Al-Hijrah Taman Sri Pelabuhan kepada Majlis Agama Islam Sarawak kepada Ustaz Muhammad Rahiman

Masjid Al-Hijrah kini di bawah pentadbiran JAIS

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Bintulu Port Holdings Berhad (BPHB) menyerahkan hak milik Masjid Al-Hijrah Taman Sri Pelabuhan kepada Majlis Agama Islam Sarawak yang diwakili Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Bintulu dalam majlis simbolik yang diadakan sempena Majlis Jalinan Kasih Ramadan dan Iftar bersama komuniti setempat, Rabu malam.

Penyerahan tersebut disempurnakan oleh Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BPHB, Datuk Ruslan Abdul Ghani kepada Pegawai Hal Ehwal Islam JAIS Bintulu, Ustaz Muhammad Rahiman Malim yang mewakili JAIS Bintulu.

Langkah berkenaan dilihat sebagai usaha memperkemaskan pengurusan dan pentadbiran masjid itu di bawah pihak berkuasa agama negeri bagi memastikan pengoperasiannya dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun serta memberi manfaat kepada komuniti Islam setempat.

Pada majlis sama, BPHB turut menyumbangkan sistem solar kepada masjid berkenaan sebagai sebahagian usaha menyokong penggunaan tenaga mampan selain membantu mengurangkan kos utiliti masjid dalam jangka panjang.

Bolhi menyampaikan sistem solar kepada Mohd Aziman.

Penyerahan simbolik sumbangan tersebut disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Keselamatan, Sekuriti dan Kelestarian Kumpulan BPHB, Bolhi Maskawi.

Turut hadir Pengurus Besar Perhubungan Pihak Berkepentingan BPHB merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bintulu Port, Maslihah Tioh, Ketua Kaum Taman Sri Pelabuhan, Awangku Nasir Pengiran Kerta serta Pengerusi Masjid Al-Hijrah Taman Sri Pelabuhan, Mohd Aziman Drahman.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU