ARTIKEL

Hebahan Masjid Darul Makmur mengenai pembukaan tabung bantuan untuk mangsa kebakaran di Kampung Jepak Hulu.

Masjid Darul Makmur buka tabung kilat bantu mangsa kebakaran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Masjid Darul Makmur Kampung Jepak membuka tabung sumbangan kilat bagi meringankan beban mangsa kebakaran rumah di Kampung Jepak Hulu yang memerlukan bantuan kewangan, pakaian dan barangan keperluan harian.

Inisiatif itu bertujuan menggalakkan masyarakat setempat dan orang ramai menghulurkan bantuan mengikut kemampuan masing-masing bagi membantu mangsa menghadapi kesukaran susulan kejadian berkenaan.

Pihak masjid memaklumkan bahawa sumbangan boleh disalurkan dalam bentuk wang tunai, pakaian serta barangan keperluan harian yang sesuai untuk mangsa.

Bagi sumbangan kewangan, orang ramai boleh membuat pindahan wang ke akaun Bank Islam atas nama MASJID DARUL MAKMUR bernombor 1103 1010 0039 33 atau mengimbas kod QR DuitNow seperti yang tertera pada poster hebahan.

Sumbangan tunai juga boleh dimasukkan ke dalam tabung khas yang disediakan di Masjid Darul Makmur Kampung Jepak Hulu, dan kutipan sumbangan dibuka sehingga 16 Oktober ini.

Penyumbang yang membuat transaksi secara dalam talian diminta menghantar bukti pembayaran atau resit kepada setiausaha masjid bagi tujuan rekod.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai sumbangan boleh menghubungi Pengerusi Masjid Darul Makmur, Ahmad Samsudin (016-579 4040), bendahari, Samsuri Narawi (012-252 8853), setiausaha, Hafizuddin Hanaffee (010-944 5226) atau ahli jawatankuasa, Hafizah Omar (011-1086 7770).

Pihak masjid berharap inisiatif berkenaan mendapat sokongan masyarakat bagi membantu memenuhi keperluan asas mangsa sepanjang tempoh mereka menghadapi kesukaran.

Sumbangan yang dihulurkan, tanpa mengira jumlah atau bentuk bantuan, diharap dapat meringankan beban mangsa serta mencerminkan semangat keprihatinan dan kebersamaan masyarakat dalam membantu mereka yang ditimpa musibah.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam Khamis lalu, seramai 30 penghuni terjejas dan tinggal sehelai sepinggang selepas tiga rumah berstruktur separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Jepak Hulu.

BERITA LAIN

Sarawak antara lokasi penubuhan Pusat NICE

KUCHING: Sarawak dan Pulau Pinang dikenal pasti sebagai lokasi penubuhan dua Pusat Kepakaran Penjagaan Bersepadu (NICE) bagi memperluas akses kepada perkhidmatan penjagaan berkualiti dan mampu

BERITA TERBARU