ARTIKEL

Masuk negara tanpa dokumen sah, lelaki Indonesia dipenjara empat bulan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini, atas kesalahan tidak memiliki dokumen yang sah memasuki Malaysia, 24 September lepas.

Tertuduh Vin Son, 21, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Hakim Afidah Abdul Rahman.

Tertuduh memohon kepada mahkamah agar memberikan hukuman ringan kerana ia adalah kesalahan pertamanya dan mengaku memasuki negeri ini untuk mencari pekerjaan bagi menyara kedua-dua orang tuanya yang semakin uzur.

Tertuduh juga memohon agar segera dihantar pulang ke negara asal kerana ayahnya memerlukan sokongan selepas mengalami serangan penyakit jantung.

Oleh itu,Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh ditangkap iaitu 24 September lepas.

Mengikut pertuduhan, dia ditahan di sebuah premis makanan di Malihah Jaya, Jalan Matang/Batu Kawa kira-kira jam 2.00 petang dan didakwa di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6 (3).

Jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun dan boleh dikenakan sebat tidak melebihi enam sebatan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah