ARTIKEL

Masyarakat digesa terlibat sama bersihkan kawasan terjejas banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Masyarakat digesa untuk melibatkan diri dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir baru-baru ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata, sebanyak 11 kawasan yang dikenal pasti untuk dibersihkan di Miri setakat ini.

“Kami menyeru kepada organisasi korporat, badan bukan kerajaan (NGO), dan terutamanya penduduk di kawasan yang terjejas, untuk mengambil bahagian dalam gotong-royong ini.

“Usaha ini adalah untuk mempercepatkan proses pembersihan yang dilakukan di rumah mangsa yang terkena banjir,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Sukarelawan melakukan kerja-kerja pembersihan di Sungai Adong, Pujut Tanjung Batu, dan Desa Senadin di Miri, hari ini.

Dalam pada itu, Kim Shin turut menzahirkan penghargaan kepada organisasi korporat dan sukarelawan yang telah tampil untuk membantu inisiatif ini.

“Kami amat menghargai sumbangan Shin Yang Group Bhd dan pasukan mereka yang berdedikasi kerana aktif mengambil bahagian dalam usaha pembersihan di Sungai Adong, Pujut Tanjung Batu, dan Desa Senadin hari ini di bawah usaha tanggungjawab sosial korporat (CSR) mereka.

“Mereka bukan sahaja menyediakan jentera yang diperlukan, malah turut menawarkan pasukan pekerja untuk menguruskan pengumpulan sampah yang lebih kecil.

“Pendekatan yang selaras ini membolehkan mereka untuk menggerakkan sumber serentak dengan cekap di tiga tapak yang berbeza,” ujarnya lagi.

Beliau menambah bahawa entiti korporat lain, seperti Naim Cendera Holdings Bhd dan Miri Housing serta beberapa organisasi sukarela juga menyatakan kesediaan mereka untuk menyertai gotong-royong ini.

“Sasaran kita adalah untuk membersihkan kawasan yang terjejas dalam tempoh satu minggu, dengan kerjasama Majlis Bandaraya Miri (MBM), supaya penduduk yang terjejas dapat menjalani kehidupan seperti biasa secepatnya.

“Semua sampah dan bahan buangan ini perlu dilupuskan dengan betul, untuk mengelak bahaya kepada kesihatan awam,” tambahnya lagi.

Terdahulu, satu pasukan petugas khas, yang diterajui oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Miri (JPBM) dan diselaraskan oleh MBM, telah menjalankan penilaian menyeluruh untuk mengenal pasti zon-zon yang terjejas.

Pasukan petugas ini diketuai oleh Pejabat Residen Miri dan diselaraskan oleh MBM.

Jentera dan lori sampah yang digunakan untuk mengangkut barang yang rosak akibat banjir.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha