ARTIKEL

Mohd Sofi dan isteri serta tetamu lain bergambar kenangan bersama-sama warga sekolah dan masyarakat yang menjayakan Program Pelan Strategik MINDEF Bersama-sama Agensi Kerajaan Sarawak di SK Lubok Antu.

Masyarakat prihatin, bertanggungjawab, pastikan kedaulatan, keselamatan negara terpelihara – Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LUBOK ANTU: Sinergi pelbagai dimensi yang erat dan berterusan dapat memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terpelihara.

Panglima Medan Timur Tentera Darat Leftenan Jeneral Datuk Mohd Sofi Md Lepi berkata, mustahak bagi setiap anggota masyarakat faham, seterusnya menghayati bahawa setiap kita merupakan komponen integral dalam ekosistem keselamatan nasional yang saling berkait.

Menurutnya, dalam era kontemporari dengan ancaman keselamatan bersifat multidimensi dan asimetrik, peranan masyarakat dalam menyokong usaha pertahanan negara menjadi semakin kritikal dan tidak harus dipandang ringan.

Mohd Sofi menyampaikan kotak rezeki sumbangan MyFund Action kepada salah seorang penerima.

“Justeru, hanya melalui sinergi pelbagai dimensi yang erat dan berterusan kita dapat memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terpelihara untuk generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Program Pelan Strategik Kementerian Pertahanan (MINDEF) anjuran Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat Bersama-sama Agensi Kerajaan Sarawak di Sekolah Kebangsaan (SK) Lubok Antu, hari ini.

Sebagai masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab jelasnya, masing-masing boleh menyumbang kepada negara melalui pelbagai inisiatif.

“Cara signifikan seperti melaporkan aktiviti ancaman yang mencurigakan kepada pihak berkuasa dengan segera.

Mohd Sofi dan isteri serta tetamu lain menyempurnakan simbolik perasmian Program Pelan Strategik MINDEF Bersama-sama Agensi Kerajaan Sarawak di SK Lubok Antu.

“Menyertai program kesedaran keselamatan komuniti yang dianjurkan, selain memupuk semangat patriotisme dan kecintaan terhadap negara dalam kalangan generasi muda melalui pendidikan dan teladan yang positif,” ujarnya.

Menyentuh Jiwa Murni yang kini dikenali sebagai Civil Military Cooperation (CIMIC), Sofi menyatakan MINDEF melaksanakan 91 program tersebut tahun ini di seluruh negara.

“Markas Pemerintahan Medan Timur Tentera Darat melaksanakan 22 siri program, dengan 13 daripadanya di Sarawak.

“Statistik ini menunjukkan keprihatinan dan komitmen kerajaan yang tidak berbelah bahagi dalam memperkasa hubungan simbiotik antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat,” tambahnya.

Beliau katanya amat menghargai penyertaan aktif pelbagai entiti Kerajaan Sarawak, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) bersama-sama ATM.

Antara persembahan memukau daripada anggota ATM pada Program Pelan Strategik MINDEF Bersama-sama Agensi Kerajaan Sarawak di SK Lubok Antu.

“Program Pelan Strategik MINDEF di SK Lubok Antu hari ini merupakan manifestasi konkrit pelbagai pihak dalam merealisasikan konsep Whole of Government, Whole of Society (WOGOS),” katanya.

Program yang bertujuan mengeratkan hubungan antara anggota ATM dan masyarakat turut memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenali lebih dekat tugas dan tanggungjawab ATM.

Selain mengukuhkan hubungan dan kolaborasi antara ATM dengan agensi awam selaras konsep WOGOS seperti digariskan di dalam Kertas Putih Pertahanan.

Ia diisi dengan pemeriksaan kesihatan dan pergigian, pameran aset, senjata, demonstrasi tempur tanpa senjata, persembahan Tambor, zumba, pengambilan Askar Wataniah, pertandingan karaoke, sukaneka, cabutan bertuah.

Turut diselitkan pemberikan kotak rezeki kepada asnaf dan sumbangan untuk menambah baik kemudahan surau sekolah.

BERITA LAIN

Kepercayaan memakan diri

DUA hari lalu, polis Saratok mendedahkan seorang wanita warga emas dari Kabong terpedaya oleh seorang bomoh palsu dari Sibu. Terpedaya itu bukan seribu dua, belasan

BERITA TERBARU