ARTIKEL

Friday menerima pokok bunga daripada Muhammad Dino untuk ditanam sebagai simbolik perasmian Hari Cuci Malaysia 2025 di Saratok, semalam.

Masyarakat Saratok bersama jayakan Hari Cuci Malaysia 2025

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Sokongan pelbagai pihak dalam menjayakan Hari Cuci Malaysia 2025 di Saratok membuktikan masyarakat bertanggungjawab melestarikan alam sekitar.

Ahli Dewan Undangan Negeri Krian, Friday Belik berkata, penglibatan pelbagai lapisan masyarakat merupakan terjemahan sifat cakna untuk memastikan sesuatu kawasan sentiasa bersih.

Friday bersama-sama ahli MDS dan tetamu lain mengutip sampah di sekitar pekan Saratok, semalam.

“Saya sendiri hadir menyertai Program Gotong-royong Mega sempena Hari Cuci Malaysia 2025, salah satu inisiatif Hari Pembersihan Sedunia yang berlangsung serentak di seluruh negara.

“Sehubungan itu, saya menyeru agar masyarakat dapat bersama-sama bertanggungjawab dan memainkan peranan dalam melestarikan alam sekitar yang bersih dan mampan demi generasi akan datang,” katanya merasmikan program anjuran Majlis Daerah Saratok (MDS) di Saratok Town Square, semalam.

Jelasnya, program yang melibatkan masyarakat dan pelajar sekolah ini juga mampu dijadikan platform untuk memperkukuhkan silaturahim dan semangat gotong-royong dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, khususnya di Saratok.

Ini, katanya, selari dengan tiga teras utama dalam Pelan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) 2030 Kerajaan Sarawak ke arah alam sekitar yang bersih dan mampan menjelang 2030.

Sementara itu, menurut Setiausaha MDS, McCrea Joseph Pererra, Hari Cuci Malaysia 2025 yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) seluruh negara bertujuan menerapkan nilai tanggungjawab sosial dan kelestarian alam sekitar kepada generasi muda.

“Selain itu, ia meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar.

“Ia menyokong matlamat agenda 2030 dalam mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), khususnya dalam menjaga alam sekitar dan mengurangkan pencemaran.

“Sehubungan itu, diadakan Hari Tanpa Kereta (CFD) di mana laluan di pekan Saratok ditutup selama dua jam bermula 7.00 hingga 9.00 pagi, sebagai langkah kesedaran dan inisiatif mengurangkan intensiti pelepasan karbon di Saratok,” ujarnya.

Antara aktiviti lain ialah gotong-royong mega di kawasan pasar Saratok untuk memastikan kawasan bersih dan bebas sampah. Terdapat juga aktiviti senam cergas, menanam pokok bunga serta kawalan dan pencegahan denggi.

Sekolah yang terlibat ialah SMK Bahasa Malaysia Saratok, SMK Saratok, Kolej Tingkatan Enam Saratok, SMK Agama Saratok, SK Saint Peter Saratok dan SK Abang Abdul Rahman Saratok.

Pegawai Daerah Saratok yang juga Pengerusi MDS, Muhammad Dino Amid; Setiausaha Parti PBB Cawangan Kalaka, Gapor Ahmad mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Kalaka; ketua masyarakat dan ketua kaum (KMKK); serta wakil Dewan Perniagaan Cina Saratok turut hadir sama.

BERITA LAIN

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

BERITA TERBARU

RM1.272 bilion perkukuh bekalan air di Sarawak

KUCHING: Enam projek bekalan air di Sarawak bernilai keseluruhan RM1.272 bilion akan diteruskan menerusi Pelan Pelaksanaan Berkala Pertama Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi meningkatkan akses

Polis tahan empat suspek kes khianat simbah cat

MIRI: Gara-gara tuntutan hutang pinjaman wang dalam talian yang dipercayai dibuat oleh anak lelakinya, seorang bapa berusia 54 tahun menerima ugutan sebelum kediamannya di sebuah