ARTIKEL

Masyarakat sedar kepentingan koperasi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIPITANG: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) merekodkan sebanyak 1,001 koperasi baharu didaftarkan di seluruh negara pada tahun lalu kata, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata jumlah itu menunjukkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan koperasi, kerana pada tahun-tahun sebelum ini hanya sekitar 600 hingga 700 koperasi baharu didaftarkan dalam setahun.

“KUSKOP melalui SKM dan Institut Koperasi Malaysia (IKMa), menganjurkan jelajah program memasyarakatkan koperasi sepanjang tahun lepas dan saya percaya ini menyumbang kepada kesedaran berkoperasi dalam kalangan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Membudayakan Masyarakat Koperasi Peringkat Daerah Sipitang di sini, semalam.

Ewon berkata beliau berharap agar koperasi baharu itu dapat menjalankan perniagaan dengan jayanya mengikut tata kelola perniagaan koperasi yang baik, menjaga kebajikan ahli dan menyumbang kepada ekonomi negara.

Sementara itu, di Sabah data koperasi sehingga 30 Jun tahun lepas menunjukan koperasi berdaftar sebanyak 1,765 dengan kekuatan anggota seramai 361,126 orang, syer dan yuran terkumpul sebanyak RM244 juta, aset terkumpul RM868 juta dan pencapaian jumlah perolehan sebanyak RM329 juta.

Ewon berkata projek tamu desa yang dilaksanakan bermula tahun ini, bertujuan memberi kemudahan infra kepada usahawan kecil luar bandar di Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata, KUSKOP bakal melaksanakan inisiatif tersebut melalui peruntukan yang telah diluluskan sebanyak RM20 juta dalam Belanjawan 2024.

“KUSKOP memastikan peruntukan ini dapat membantu membina kemudahan infra seperti gerai dan tamu usahawan kecil di luar bandar di Sabah dan Sarawak,” katanya yang turut meluluskan peruntukan RM100,000 untuk pembinaan gerai tamu desa Koperasi Pusat Komuniti Lundayeh Sabah Berhad.- Bernama

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

ASEAN perlu perkukuh kesiapsiagaan ancaman biologi

MIRI: Latihan simulasi rentas sempadan ASEAN perlu merangkumi senario ancaman biologi di luar jangkaan bagi menguji kesiapsiagaan negara anggota serta keupayaan agensi berkaitan menyelaraskan tindakan