MENJELANG penghujung 2023, Huawei melancarkan beberapa tablet baharu.
Selepas merasmikan MatePad Pro 13.2 secara global pada 12 Disember lalu, Huawei mempersembahkan MatePad Air PaperMatte Edition.
Menurut Huawei, MatePad Air PaperMatte Edition pada asasnya serupa dengan MatePad Air “biasa” yang mula diperkenalkan di China Mei lalu.
Bezanya, skrin MatePad Air PaperMatte Edition kini disokong ciri antisilau bagi meningkatkan keselesaan mata apabila melihat skrin.
Selain itu, sokongan M-Pencil gen-2 pada MatePad Air PaperMatte Edition turut ditambah baik berbanding MatePad Air.
Selain itu, spesifi kasi MatePad Air PaperMatte Edition sama dengan Matepad Air, termasuk aspek chipset yang dikuasakan oleh Snapdragon 888 System on Chip (SoC).
1,840 piksel (2.8K). Skrin tablet ini turut disokong kadar penyegaran 144 Hz. MatePad Air PaperMatte Edition boleh dikendalikan dengan pen digital atau stylus M-Pencil generasi kedua.
Aksesori ini mempunyai sensitiviti 4,096 tahap dan didakwa menawarkan pengalaman menulis seperti menggunakan pen di atas kertas.
MatePad Air PaperMatte Edition disokong bateri berkapasiti 8,300 mAh dengan sokongan pengecasan pantas 40 watt.
Ia juga mempunyai empat pembesar suara dan empat mikrofon untuk menyokong pelbagai aktiviti pengguna, contohnya untuk panggilan video atau hanya menonton video.



