DARO: Penduduk di daerah ini dinasihatkan supaya tidak menggunakan jalan menghala ke Matu-Daro kerana ganguan banjir.
Adun Daro Safiee Ahmad berkata orang ramai terutama yang menggunakan kenderaan kecil perlu mengelak menggunakan jalan berkenaan kerana ia boleh mendatangkan bahaya.
“Jika ada yang perlukan bantuan, pihak kampung melalui Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum boleh membantu bersama agensi penyelamat lain seperti Jabatan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Bomba dan pihak PDRM,” katanya ketika dihubungi Suara Sarawak hari ini.
Sehingga petang tadi, ujarnya Kampung Pangtray antara yang terjejas dengan lapan buah rumah sudah dimasuk air dan dua keluarga telah berpindah ke rumah saudara mereka.
“Setakat ini paras air masuk ke dalam rumah lebih kurang tiga inci dan jika perlu dipindahkan mereka hendaklah patuh kepada arahan pihak berkuasa.
“Terdapat dua buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) telah disediakan untuk Daerah Daro iaitu Dewan Masyarakat Daro dan Dewan Kemas Daro.
“Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga sudah memaklumkan bahawa mereka ada bantuan awal makanan untuk keluarga yang terjejas banjir namun kita masih menunggu pengesahan bila mereka dapat membekalkan bantuan tersebut dengan segera,” katanya.
Safiee memberitahu segala urusan operasi pemantauan dan bantuan banjir akan dikordinasikan oleh Bilik Operasi Banjir Daerah Daro yang dipengurusikan oleh Pegawai Daerah Daro, selain pihak APM juga kini sedang memantau dan membuat laporan status terkini di lapangan.
“Pihak JKM telah bersedia menyalurkan bantuan makanan melalui bekalan hadapan manakala Bilik Gerakan Operasi Bencana Daerah akan menyelaras segala bantuan yang perlu,”jelasnya.
Orang awam boleh menghubungi terus bilik operasi untuk sebarang info, aduan dan bantuan yang perlu di bilik gerakan di talian 084-823363 dibuka dari jam 8 pagi hingga 10 malam, manakala Bilik Operasi 24jam APM Daro di talian 084-823911/084-82891.
New experience with Suara Sarawak App. Get now at Google Playstore and App Store.
Anda Mungkin
Terokai Lagi
Hubungi Kami
SV News Sdn. Bhd. (1307143-A)
Lot 14096 (SL 121) Section 65,
Kuching Town Land District,
14 D, Metrocity Commercial Precinct,
Jalan Matang, 93050 Kuching,
Sarawak, Malaysia
Tel: 082-647375, 082-649527,
082-510005
Fax: 082-513055
Emel: news@suarasarawak.my