Maut kereta rempuh dinding hospital

KUCHING: Seorang lelaki pesakit mental dan warga emas meninggal dunia akibat kemalangan kereta yang dipandunya merempuh dinding konkrit Hospital Kota Sentosa di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Deputi Superintendan Merbin Lisa berkata, menerima laporan kemalangan melibatkan pesakit mental dan warga emas di Hospital Kota Sentosa pada pukul 1.30 petang, Khamis semalam.

“Kemalangan jalan raya maut sendiri telah berlaku di Hadapan Bangunan Wad Forensik Lelaki Hospital Kota Sentosa melibatkan Sebuah Motokar jenis Toyota Camry.

“Mangsa merupakan pesakit psikiatri (mental) semasa bergerak masuk ke kawasan Hospital Kota Sentosa tiba-tiba telah hilang kawalan lalu melanggar dinding bangunan wad forensik,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Tambah beliau, mangsa yang telah lama menerima rawatan selama tujuh tahun itu datang ke hospital berkenaan untuk menerima rawatan dan bekalan ubat berkala yang dijadualkan pada hari itu.

Goh Tai Lee, 76, disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital kota Sentosa akibat tersepit di ruang memandu dan mengalami cedera parah di bahagian kepala dan dada.

Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.