ARTIKEL

Maxim teruskan pengoperasian di seluruh negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan e-hailing, Maxim mengesahkan perkhidmatan tersebut akan diteruskan di seluruh negara susulan mendapat persetujuan daripada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Pengarahnya, Mohd Hazwan Musley berkata, penerusan operasinya bagaimanapun akan lebih diperketat tertakluk kepada syarat dan ketetapan tertentu bagi memastikan para pelanggan dapat terus menggunakan perkhidmatan dengan selamat, serta pemandu berpeluang menjana pendapatan yang stabil.

“Kami amat berterima kasih atas peluang meneruskan operasi di Malaysia di bawah seliaan APAD dan memastikan penyediaan perkhidmatan yang berguna, boleh diakses dan dipercayai.

“Ini merupakan langkah penting ke hadapan dalam usaha kami menyumbang kepada pembangunan sektor pengangkutan dan ekonomi digital Malaysia dengan penekanan operasi bertanggungjawab serta penciptaan nilai jangka panjang kepada masyarakat,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, antara yang ditekankan susulan penerusan operasi ialah semua pemandu aktif dipastikan memiliki permit kenderaan E-Hailing (EVP) yang sah dan berpeluang mendapat perlindungan insurans melalui rakan kongsi syarikat.

Selain itu katanya, Maxim mengutamakan kebajikan dan keselamatan pemandu dengan menawarkan fleksibiliti untuk memilih aktiviti tersebut sebagai kerja sepenuh masa atau sambilan.

Sementara itu, beliau menegaskan Maxim akan turut memainkan peranan dalam pembangunan komuniti menerusi pelbagai inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Tambahnya, syarikat turut menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital menerusi pelaburan dalam penyelesaian mobiliti berasaskan teknologi pintar yang neningkatkan akses, kecekapan dan kemampuan.

“Usaha-usaha ini menyokong matlamat negara untuk memperkukuh inovasi, mewujudkan peluang pekerjaan digital dan menuju masa depan yang lebih inklusif dan saling berhubung,” katanya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

Taman Kenyalang ngеna konsep moden

KUCHING: Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng nerima penuemai basa ari diligit Chung Yuan Christian University (CYCU), Taoyuan, Taiwan, ti bejuraika asil tungkap

Standard teknikal nyamin pemujur servis

CYBERJAYA: Komiti Besai Komunikasyen enggau Multimedia Malaysia (MCMC) negap pemansang standard teknikal nentuka servis begunа baka komunikasyen, bekal kuasa karan enggau ai ulih beoperasyen likun,