Mayat bayi ditemui dalam longkang di Samariang

KUCHING: Satu mayat bayi masih bertali pusat ditemui orang awam di dalam sebuah longkang kawasan lorong 10 Fasa 3, Bandar Baru Samariang, sekitar jam 6 petang semalam.

Menurut sumber kejadian, bayi tersebut ditemui dalam keadaan biru pucat dan masih bertali pusat dipercayai baru sahaja dilahirkan.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Tegasnya, kes kini masih disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Suara Sarawak