ARTIKEL

Gambar hiasan AI

Mayat ditemui di ruang roda pesawat di Hawaii

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

LOS ANGELES: Seorang individu ditemukan mati di ruang roda pesawat United Airlines selepas ia mendarat di sebuah lapangan terbang di Hawaii pada malam Krismas, menurut syarikat penerbangan itu dan laporan media tempatan.

“Setibanya di Lapangan Terbang Kahului di Maui pada Selasa, mayat ditemukan di ruang roda utama satu daripada gear pendaratan pesawat United,” menurut kenyataan syarikat itu pada Rabu, sambil menambah bahawa pihaknya sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang bagi menyiasat insiden itu.

Menurut syarikat itu, masih tidak jelas bagaimana atau bila individu berkenaan dapat mengakses ruang roda, yang hanya boleh diakses dari luar pesawat.

Mayat itu dilaporkan ditemukan pada sebuah pesawat Boeing 787-10 yang berlepas dari Lapangan Terbang O’Hare di Chicago.

Djabatan Polis Maui kini menjalankan siasatan berkaitan individu yang ditemukan meninggal dunia itu, lapor media tempatan, Hawaii News Now.

Pegawai memaklumkan bahawa operasi di lapangan terbang berjalan seperti biasa dan tidak terjejas oleh insiden itu, menurut laporan tersebut. – BERNAMA

BERITA LAIN

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

BERITA TERBARU

Emosi atasi pertimbangan

BARU-BARU ini berlaku insiden tragis apabila seorang pelajar perempuan ditemui mati didakwa dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Pelajar tingkatan empat