Mayat lelaki tanpa identiti dijumpai terapung

KANOWIT: Orang ramai digemparkan dengan penemuan mayat terapung di Hilir Sungai Kanowit, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kanowit bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 7.16 pagi.

“Mayat dijumpai oleh penduduk yang kebetulan melalui kawasan kejadian. Mereka kemudiannya menghubungi Bomba untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Jurucakap itu berkata, pasukan Bomba mengangkat mayat ke dalam bot penyelamat sebelum menyerahkan kepada pihak polis untuk di bawa ke Hospital.

“Setakat ini, identiti sebenar mangsa belum diketahui, ” katanya sambil menambah operasi turut dibantu tiga anggota Polis.