ARTIKEL

Mayat lelaki warga emas ditemukan mereput dalam keadaan terduduk di ruang tamu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mayat seorang lelaki warga emas yang sudah mereput ditemukan dalam keadaan terduduk di lantai ruang tamu sebuah rumah dua tingkat di kawasan Jalan Kempas, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, penemuan mayat si mati yang berusia dalam lingkungan 60-an itu dibuat susulan aduan daripada orang awam yang terhidu bau busuk dari rumah terbabit, kira-kira jam 12.05 tengah hari semalam.

“Mayat tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menjelas lanjut, beliau berkata, mangsa tinggal bersendirian.

Justeru, Alexson meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk menghubungi Ketua Balai Polis Sekama, ASP Simon Renang di talian 016-8547803 atau Balai Polis Sekama di talian 082-332522, atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

Katanya, kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR).

Mayat mangsa yang sudah mereput ditemukan dalam keadaan terduduk di dalam rumah.

BERITA LAIN

Maklumat dasar kerajaan perlu sampai ke akar umbi

BINTULU: Penyampaian maklumat mengenai dasar, inisiatif pembangunan dan bantuan kerajaan perlu diperluas hingga ke peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat mengetahui serta dapat memanfaatkan kemudahan

BERITA TERBARU

GP Malaysia 2026: Hakim Danish Raih Petak Ketiga

SEPANG: Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli meletakkan dirinya dalam kedudukan terbaik untuk memburu podium Grand Prix (GP) Motosikal Malaysia 2026 selepas meraih petak