ARTIKEL

Ketiga-tiga mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Mayat tiga remaja lemas di Sungai Batang Lassa ditemui

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

DARO: Ketiga-tiga mayat remaja lelaki berusia 13 tahun yang hilang pada petang Ahad selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi di Sungai Batang Lassa ditemui, hari ini.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, mayat mangsa pertama ditemui kira-kira jam 6.30 pagi oleh salah seorang pekerja feri lebih kurang satu kilometer (km) dari lokasi terakhir mangsa.

“Mayat mangsa kedua telah ditemui oleh pasukan penyelamat lebih kurang jam 8.22 pagi ketika meneruskan pencarian di sepanjang sungai tersebut dengan jarak penemuan dianggarkan dua km dari lokasi dilaporkan lemas.

“Manakala, mayat mangsa ketiga ditemui lebih kurang jam 9.05 pagi dengan jarak empat km dari lokasi terakhir mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Ujarnya, ketiga-ketiga mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 10 pagi.

Terdahulu, dilaporkan tiga remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Stockpile Batu Nangar, Daro pada Ahad lalu.

Mangsa hilang itu dikenal pasti sebaagai Herodias Enggung, Aldrin Gambang Allan Kiai dan Sebastian Oziel Seman Umpi, semuanya berusia 13 tahun.

Mayat mangsa remaja lelaki yang hilang pada Ahad lalu, ditemui hari ini.
Mayat mangsa remaja lelaki yang hilang pada Ahad lalu, ditemui hari ini.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha