ARTIKEL

Mayat warga emas tanpa identiti ditemui di Sungai Kampung Pasir Lutong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Mayat seorang lelaki tempatan tanpa sebarang identiti ditemui terapung di Sungai Kampung Pasir Lutong, kira-kira jam 6.20 petang Selasa.

Mayat yang ditemui seorang remaja perempuan berusia 19 tahun itu kemudian dimaklumkan kepada Balai Polis Lutong untuk tindakan selanjutnya.

Pihak Balai Polis Lutong kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Miri untuk memohon bantuan membawa bot bagi mengangkat mayat yang terapung.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri berkata, mayat yang ditemui itu berumur dalam lingkungan 60 tahun dan lengkap berpakaian berbaju serta berseluar panjang.

“Mayat lelaki berkenaan kemudian diangkat masuk ke dalam bot seterusnya dihantar ke Jeti Piasau Boat Club Pulau Melayu untuk diserahkan kepada pihak polis,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Beliau juga memohon kerjasama orang awam, mereka yang mengenali atau kehilangan ahli keluarga untuk segera menghubungi pihak polis untuk pengecaman mayat.

BERITA LAIN

PERKESO lancar operasi kesan majikan besar-besaran

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melancarkan Operasi Pengesanan Majikan (Ops Kesan) Peringkat Kebangsaan 2024 secara serentak melibatkan 54 pejabat PERKESO di seluruh negara, semalam.

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU