MOSCOW: Penyerang Perancis, Kylian Mbappé, mengatasi rekod jaringan Piala Dunia milik Pelé dan Lionel Messi selepas meledak dua gol dalam kemenangan 3-1 ke atas Senegal.
Mbappe menjaringkan gol pada minit ke-66 dan masa kecederaan untuk mengumpul 14 gol sepanjang penampilannya di Piala Dunia.
Menurut Bernama, jumlah itu menyamai rekod legenda Jerman, Gerd Müller, selain mengatasi rekod Pele dengan 12 gol dan Messi yang menjaringkan 13 gol.
Hanya Ronaldo Nazário dengan 15 gol dan Miroslav Klose dengan 16 gol masih berada di hadapan Mbappe.
Mbappe turut muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman skuad Perancis dengan 58 gol daripada 99 penampilan antarabangsa, mengatasi rekod 57 gol milik Olivier Giroud.



