ARTIKEL

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching ketika mengundi bagi Pilihan Raya Kecil Negeri (PRN) Johor ke-16 di pusat mmengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kulai Besar hari ini.

MCMC terima 29 aduan sepanjang kempen PRN Johor

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KULAI: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima 29 aduan berkaitan kandungan dalam talian sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata aduan itu membabitkan 17 kes berita palsu, 11 kes ucapan kebencian serta satu kes akaun palsu dan penyamaran.

Beliau berkata sembilan kes ucapan kebencian berkaitan isu perkauman, manakala masing-masing satu kes melibatkan agama dan institusi diraja yang dikategorikan sebagai kandungan 3R.

Teo menggesa orang ramai, khususnya pengundi, supaya lebih berwaspada terhadap maklumat tidak sahih serta menjadi pengguna digital yang celik dan bertanggungjawab.

Beliau turut menghargai petugas pilihan raya yang memastikan proses pengundian PRN Johor ke-16 berjalan lancar. PRN kali ini menyaksikan 172 calon bertanding bagi merebut 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Impian besar Kupang Strike

SABTU depan, Kampung Kupang Hilir di Saratok bakal mencipta satu lagi kenangan tersendiri apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) menganjurkan pertandingan memancing yang dinamakan

Empat maut padam kebakaran hutan Bromo

JAKARTA: Empat orang maut manakala dua lagi melecur teruk selepas terperangkap dalam asap tebal dan api yang merebak dengan pantas ketika berusaha memadamkan kebakaran hutan