ARTIKEL

Datuk Henry Harry Jinep (tengah) bersama Eddy Nayoi dan Ong Chin Ping pada sidang media.

MDB melonjak ke tangga kelima majlis daerah Malaysia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BAU: Majlis Daerah Bau (MDB) melonjak 58 anak tangga untuk menduduki tempat kelima daripada 92 majlis daerah di seluruh Malaysia menerusi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) 2026.

Pencapaian itu menyaksikan MDB yang berada di kedudukan ke-63 pada 2024 kini memperoleh skor keseluruhan 91.61 peratus sekali gus melayakkannya menerima penarafan lima bintang.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Laut dan Sungai) Sarawak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Datuk Henry Harry Jinep berkata, pencapaian tersebut turut meletakkan MDB di tempat pertama dalam kalangan majlis daerah di Sarawak.

Beliau berkata, pencapaian berkenaan membuktikan prestasi MDB kini berada pada tahap yang setanding dengan pihak berkuasa tempatan lain di peringkat nasional.

“Ini merupakan pencapaian hasil usaha bersama semua ahli majlis, pihak pengurusan dan kakitangan MDB yang memberikan komitmen dalam meningkatkan tadbir urus, pengurusan serta tahap penyampaian perkhidmatan,” katanya pada sidang media selepas penganugerahan SPB-PBT Malaysia 2026 di Bilik Mesyuarat MDB, di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi MDB Eddy Nayoi dan Setiausaha MDB Ong Ching Ping.

Menurutnya, skor MDB meningkat daripada 86.17 peratus pada 2024 kepada 91.61 peratus pada penilaian 2026.

Datuk Henry Harry Jinep (tengah) bersama barisan kepimpinan dan ahli majlis MDB merakam foto.

Beliau berkata, pecahan penilaian itu merangkumi pengurusan sebanyak 12.13 peratus daripada 15 peratus, perkhidmatan teras sebanyak 41.50 peratus daripada 45 peratus, pengurusan pelanggan 14.17 peratus daripada 15 peratus dan penyertaan komuniti 13.83 peratus daripada 15 peratus.

“MDB turut memperoleh markah penuh bagi penilaian Public Service Corruption Ranking (PSCR) sebanyak lima peratus dan Sijil Bersih Ketua Audit Negara sebanyak lima peratus,” katanya.

Henry berkata, pihak majlis akan terus melakukan semakan dan penilaian terhadap perkhidmatan yang dilaksanakan bagi memastikan mutu penyampaian kepada masyarakat terus dipertingkatkan.

Katanya, pandangan dan maklum balas orang awam juga penting bagi membantu MDB mengenal pasti perkara yang perlu diperbaiki.

“Aduan daripada orang awam tidak seharusnya dilihat sebagai sesuatu yang negatif, sebaliknya ia boleh membantu majlis mengenal pasti perkara yang perlu diperbaiki,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

WFL FC menang bergaya

BINTULU: Akademi WFL FC menutup kempen Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 kategori Bawah 12 Tahun dengan bergaya apabila menewaskan Jepak Primary School