ARTIKEL

Julaihi ketika berucap pada Majlis Penghargaan Media 2025 Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi di sini, malam tadi. FOTO: GHAZALI BUJANG

Media Jambatan Komunikasi Kerajaan-Rakyat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Media merupakan jambatan penting dalam menjayakan komunikasi dua hala yang menghubungkan kerajaan dengan rakyat.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk Seri Julaihi Narawi berkata, jika berlaku krisis bekalan air, gangguan elektrik, bekalan gas dan perkhidmatan komunikasi, media memainkan peranan utama dalam menyalurkan maklumat terkini kepada penduduk yang terjejas.

“Media juga berfungsi sebagai suara rakyat dalam menyampaikan maklum balas, kritikan yang membina demi menambah baik perkhidmatan kerajaan,” ujar beliau ketika merasmikan Majlis Penghargaan Media 2025 Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi di sini, malam tadi.

Sementara itu, beliau berkata liputan elektrik di Sarawak kini melebihi 99 peratus dan kawasan luar bandar mencatatkan 98.6 peratus.

“Selaras dengan Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030), pelbagai inisiatif dirancang dan dilaksanakan bagi mencapai liputan penuh bekalan air, elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi menjelang 2030.

“Kerajaan Sarawak ingin meningkatkan penggunaan sumber gas Sarawak kepada 30 peratus sejajar dengan Pelan Hala Tuju Gas Sarawak (SGR),” jelasnya.

Pun begitu, cabaran masih wujud terutama di kawasan pedalaman dan lokasi baharu yang sedang dibangunkan.
“Kita tidak boleh menafikan akses ke kawasan terpencil memerlukan kos dan perancangan yang besar, tetapi itu tidak melemahkan semangat kita,”tegasnya.

Tambah beliau, komunikasi berintegriti penting dalam era media sosial kerana maklumat palsu boleh menjejaskan keyakinan rakyat.

“Prinsip kami mudah iaitu kami tidak mahu menyapu masalah di bawah karpet. Jika kita sembunyikan, ia boleh berubah menjadi ‘naga’ yang akan membahayakan kita pada masa depan,”katanya.

Julaihi (tengah) dan kenamaan yang lain merakam kenangan bersama-sama warga media. FOTO: GHAZALI BUJANG

BERITA LAIN

Kilang, dua rumah pekerja terbakar di Semaba

KUCHING: Dua rumah pekerja musnah dalam kebakaran sebuah kilang di Jalan Semaba, Batu 5, di sini, petang tadi. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Dari Tanah Suci ke London, Venice, New Zealand

MIRI: Pakej pelancongan mesra Muslim ke pelbagai destinasi antarabangsa termasuk London, Venice, Kaherah, Türkiye, Dubai, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand antara tarikan utama Festival

BERITA TERBARU

Kilang, dua rumah pekerja terbakar di Semaba

KUCHING: Dua rumah pekerja musnah dalam kebakaran sebuah kilang di Jalan Semaba, Batu 5, di sini, petang tadi. Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)

Dari Tanah Suci ke London, Venice, New Zealand

MIRI: Pakej pelancongan mesra Muslim ke pelbagai destinasi antarabangsa termasuk London, Venice, Kaherah, Türkiye, Dubai, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand antara tarikan utama Festival