ARTIKEL

Iskandar bersama Steven memotong riben simbolik merasmikan pembukaan premis Mee Tarik LZ yang beroperasi di ParkCity Commerce Square Phase 5, Bintulu

Mee Tarik LZ jadi tarikan baharu pelancongan kulinari di Bintulu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Pembukaan premis Mee Tarik LZ yang menampilkan hidangan mi tarik autentik bukan sahaja berpotensi merancakkan ekonomi setempat, malah menjadi tarikan baharu pelancongan kulinari serta mengetengahkan warisan budaya masyarakat Cina Muslim di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee, berkata inisiatif usahawan tempatan dalam industri makanan dan minuman (F&B) mampu menjana pertumbuhan ekonomi melalui pewujudan peluang pekerjaan serta rantaian perniagaan sokongan.

Iskandar menikmati antara sajian yang disediakan di Mee Tarik LZ.

“Usaha seperti ini bukan sahaja menjana pendapatan, tetapi turut membawa kelainan dalam landskap kulinari tempatan, sekali gus berpotensi menarik lebih ramai pengunjung ke Bintulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan pembukaan premis berkenaan di ParkCity Commerce Square Phase 5 di sini.

Menurutnya, kepelbagaian makanan berunsur budaya juga mampu memperkukuh kedudukan Bintulu sebagai destinasi pelancongan gastronomi yang unik.
“Produk makanan seperti mi tarik ini bukan sahaja memenuhi selera masyarakat tempatan, malah memberi pengalaman baharu kepada pelancong luar untuk mengenali keunikan warisan kulinari masyarakat Cina Muslim,” katanya.

Premis tersebut diusahakan oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Steven Kong Kai Seng, bersama rakan kongsi yang juga bekas kakitangan sebuah syarikat perindustrian swasta di Samalaju.

Iskandar merakam gambar di hadapan premis Mee Tarik LZ.

Iskandar turut menggalakkan lebih ramai usahawan tempatan menceburi bidang perniagaan makanan berinovasi yang mampu menonjolkan identiti serta nilai budaya tersendiri.

Beliau berharap Mee Tarik LZ akan terus mendapat sambutan hangat dan muncul sebagai antara destinasi pilihan pencinta kulinari di Bintulu.

Mi tarik atau mi tarik tangan merupakan warisan makanan masyarakat Cina Muslim yang terkenal dengan teknik pembuatan secara manual, menghasilkan tekstur mi yang kenyal dan segar.

Di Mee Tarik LZ, pelbagai menu ditawarkan termasuk mi berkuah, mi goreng serta hidangan sampingan yang disesuaikan dengan cita rasa tempatan.

Iskandar menikmati antara sajian yang disediakan di Mee Tarik LZ.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU