ARTIKEL

Keadaan kereta dinaiki mangsa selepas dirempuh pikap di kawasan lampu isyarat Jalan Pujut 7, Miri semalam

Mekanik maut kereta dinaiki dirempuh pikap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Seorang mekanik meninggal dunia selepas kereta dinaikinya dirempuh sebuah pikap di kawasan lampu isyarat Jalan Pujut 7, di sini kira-kira jam 5.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, mangsa, 21, yang duduk di sebelah penumpang bahagian hadapan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Miri kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Manakala katanya, pemandu kereta terbabit iaitu lelaki berusia 43 tahun mengalami kecederaan parah pada tangan sebelah kiri.

“Kemalangan berlaku apabila pacuan empat roda yang dipandu lelaki berusia 39 tahun melanggar bahagian tepi sebelah kiri kereta terbabit, yang dalam perjalanan dari Permyjaya menuju ke Pujut,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, pemandu pikap terbabit tidak mengalami kecederaan.

Mohd Farhan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohammad Amiruddin Hamdan di talian 018-9529957 / 085-430479 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha