ARTIKEL

Melancong di angkasa dengan kapal mewah, tiket berharga RM605,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

FLORIDA: SEBUAH kapal angkasa mewah Neptune, milik Space Perspective menjadi tarikan terbaru pelancongan yang memulakan perjalanan pertama pada 2025.

Menurut syarikat yang berpangkalan di Florida, AS itu, pihaknya menerima tempahan perjalanan daripada 1,750 penumpang.

Memetik Daily Star, setiap penumpang membayar tiket berharga £100,000 (RM605,000) bagi menyertai perjalanan berkenaan.

Neptune mampu membawa lapan penumpang, dilengkapi pelbagai kemudahan seperti tingkap panoramik 360 darjah, spa dan bar.

Ia turut dilengkapi capaian Internet.

Syarikat pengendali kapal itu turut merancang menawarkan pakej bermalam, menjadikannya hotel pertama di angkasa.

Kapal angkasa Neptune ini dilancarkan ke angkasa oleh SpaceBalloon, digerakkan hidrogen tanpa roket dan tiada pencemaran karbon.

Teknologi Neptune ini pernah digunakan beberapa dekad secara bersama dengan Nasa dan agensi kerajaan lain.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU