ARTIKEL

Abdul Karim bercakap pada sidang media selepas majlis pelancaran Aplikasi SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Pertandingan Fotografi dan Videografi SUKMA XXI di sini, hari ini. Foto: Alif Noni

Meletak kenderaan tanpa dikompaun semasa temasya SUKMA XXI 2024 – Perbincangan dengan PDRM akan diadakan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sekretariat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 akan mengadakan perbincangan dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenai kemungkinan memberi beberapa kelonggaran berkaitan kesalahan lalu lintas untuk memudahkan orang ramai menonton temasya tersebut.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kemudahan disediakan untuk para penonton menyaksikan acara-acara sukan yang berlangsung sepanjang penganjuran SUKMA Sarawak dari 17 hingga 24 Ogos depan.

Ia susulan pada penganjuran sebelum ini terdapat ramai penonton dikenakan kompaun atau saman atas beberapa kesalahan lalu lintas, terutamanya meletak kereta di kawasan larangan meletak kenderaan.

“Kita akan duduk berbincang dengan pihak polis untuk memudahkan penonton datang dan melonggarkan sedikit ketegasan berkaitan perkara ini.

“Malah, ramai orang biasanya meletak kenderaan di hadapan masjid dan gereja pada hari Jumaat dan Ahad dan mereka tidak dikenakan kompaun.

“Jadi, saya berharap perkara sama dapat dilaksanakan untuk temasya sukan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran Aplikasi SUKMA XXI Sarawak 2024 dan Pertandingan Fotografi dan Videografi SUKMA XXI di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau berharap orang ramai yang ingin ke lokasi-lokasi penganjuran sukan untuk tidak meletakkan kenderaan sesuka hati sehingga mengganggu laluan lalu lintas dan menyebabkan kesesakan.

“Sekiranya lalu lintas terhalang, saya tidak salahkan pihak polis yang mengeluarkan kompaun. Anda perlu menggunakan akal fikiran untuk meletakkan kenderaan dengan betul,” tegasnya.

Sementara ditanya sama ada pihak penganjur akan menyediakan perkhidmatan bas ulang-alik ke beberapa lokasi acara sukan diadakan untuk mengelakkan isu yang sama, Abdul Karim menjawab ia tidak dilaksanakan.

“Pada masa ini, tiada perkhidmatan itu. Namun kita akan duduk bersama polis untuk memudahkan orang ramai meletakkan kenderaan masing-masing,” tambahnya.

BERITA LAIN

Peluang pekerjaan lebih adil untuk semua kaum – Wilfred

KUCHING: Kerajaan Sarawak dicadangkan memperkenalkan Kerangka Kepelbagaian dan Keterangkuman bagi memastikan rakyat daripada semua kaum mendapat peluang yang adil dalam perkhidmatan awam, syarikat berkaitan kerajaan

Wilfred cadang laluan PR untuk pakar strategik Sarawak

KUCHING: Laluan taraf pemastautin tetap (PR) khusus bagi tenaga pakar strategik dicadangkan untuk menarik kepakaran antarabangsa dalam industri utama Sarawak, termasuk hidrogen hijau, kecerdasan buatan

BERITA TERBARU

KCFC, KITCHEE TERIKAT 1-1 BABAK PERTAMA

KUCHING: Kuching City FC (KCFC) dan Kitchee SC terikat 1-1 selepas tamat babak pertama aksi Kumpulan H Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di Stadium Taha