ARTIKEL

Mengaku salah ceroboh rumah guru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mahkamah Majistret di sini, hari ini menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau sebulan penjara sekiranya gagal membayar denda kepada seorang lelaki atas pertuduhan menceroboh masuk rumah seorang guru, 22 November lepas.

Nizam, 29, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan apabila menceroboh masuk sebuah rumah milik Muhammad Izzat Zaffeer,30, di Taman Cresent Batu, Jalan Matang, di sini, sekitar jam 2.56 petang, 22 November lepas.

Jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Hasil siasatan mendapati tertuduh telah masuk ke dalam rumah mangsa dengan memanjat pagar, namun tidak sempat mengambil barang berharga.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Azdmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU