Mengantuk punca lelaki langgar Toyota Hilux

MIRI: Seorang lelaki cedera di kepala selepas melanggar kenderaan lain dalam satu insiden di Jalan Pujut Corner di sini, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Miri, Kapten Mohd Hazle Shah Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan orang awam berhubung kes tersebut sekitar jam 1.18 petang.

Menurutnya, setelah itu, sebuah ambulans dan tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM segera diatur gerak ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi, APM memeriksa keadaan dan mendapati seorang mangsa lelaki berusia 26 tahun mengalami luka terkoyak di bahagian kepala.

“Mangsa kemudian diberi rawatan awal dengan memasang ‘cervical collar’ selain dibalut lukanya.

Berdasarkan keterangan mangsa sendiri, kemalangan berpunca daripada kelalaiannya yang gagal mengawal kenderaan hingga termasuk ke laluan bertentangan.

“Mangsa mengaku berada dalam keadaan mengantuk ketika memandu, menyebabkan kereta Kancilnya melanggar sebuah pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan selanjutnya, ujarnya.

Suara Sarawak