ARTIKEL

Mengejar misi negeri maju

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

STRATEGI Pembangunan Pasca-Covid-19 2030 (PCDS 2030) dilancarkan Julai 2021 merangkumi enam sektor ekonomi utama untuk mencapai status negeri maju dan berpendapatan tinggi menjelang 2030.

Enam sektor utama tersebut sebagai pemacu pertumbuhan merangkumi pembuatan, pertanian komersial, pelancongan, perhutanan, perlombongan dan perkhidmatan sosial.

Enam sektor berkenaan akan disokong tujuh teras strategik iaitu Transformasi Digital, Inovasi, Infrastruktur Asas, Pengangkutan, Utiliti, Tenaga Boleh Diperbaharui dan Pendidikan serta Pembangunan Modal Insan.

Ia diyakini dapat meletakkan Sarawak sebagai destinasi pelaburan yang menarik dan meningkatkan nilai serta kualiti pelaburan di negeri ini.

Antara objektif teras PCDS 2030 termasuklah mengubah struktur ekonomi, memoden dan meningkatkan kecekapan, meningkatkan pendapatan isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan meletakkan kelestarian alam sekitar dalam usaha pemulihan dan pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

Sejajar teras strategi PCDS 2030, perbelanjaan modal awam akan dilaksanakan di kawasan yang memberikan kesan ekonomi, sosial dan alam sekitar paling banyak.

Kerajaan Sarawak memfokuskan kepada membangunkan teras strategik seperti infrastruktur asas, iaitu jalan raya dan jambatan, bekalan air dan elektrik terawat dan rangkaian telekomunikasi.

Justeru, semua itu tidak dapat dilakukan oleh kerajaan semata-mata dan memerlukan pembabitan semua rakyat Sarawak.

Kerajaan boleh menetapkan dasar tetapi keupayaan membawa perubahan melibatkan semua pihak, termasuk pemimpin dalam perniagaan, yang menghasilkan perkhidmatan dengan cara lebih berdaya saing serta lestari.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU