ARTIKEL

Menghormati pemergian Timbalan Ketua Menteri, MPS tangguh pertunjukan bunga api

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Bagi menghormati pemergian Timbalan Ketua Menteri mendiang Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing, Majlis Perbandaran Sibu (MPS) menangguhkan acara pertunjukan bunga api sempena sambutan ulang tahunnya ke-40 pada malam esok.

Menerusi satu kenyataan malam ini, MPS berkata, mengikut program asalnya acara pertunjukan bunga api dijadualkan pada jam 9 malam.

“MPS merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mendiang,” ujarnya.

Bagaimanapun sambutan Ulang Tahun Ke-40 MPS yang diadakan di Perpustakaan Awam MPS, Jalan Keranji di sini pada 2 November jam 2 petang akan berlangsung seperti biasa, kata kenyataan itu lagi.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dijadualkan akan merasmikan sambutan tersebut secara maya menerusi aplikasi Zoom.

BERITA LAIN

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Johnny gesa tambah baik penerbangan dari Bintulu

KUCHING: Kekerapan dan jadual penerbangan dari Bintulu ke Kuching, Kuala Lumpur serta Kota Kinabalu perlu ditambah baik bagi memenuhi peningkatan permintaan susulan perkembangan industri, perniagaan

BERITA TERBARU

Sarawak teliti cadangan STOLport di Apau Koden

KUCHING: Cadangan pembinaan lapangan terbang pendek (STOLport) di Apau Koden akan diteliti bagi meningkatkan perhubungan udara untuk 27 kampung masyarakat Kenyah dan Penan di kawasan

Hamzah cadang subsidi lesen memandu untuk B40

KUCHING: Kos mendapatkan lesen memandu yang membebankan golongan berpendapatan rendah mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stakan, Datuk Hamzah Brahim, mencadangkan skim subsidi bagi membantu