Seorang wanita warga emas meninggal dunia sebelum sempat membuang undi di Sekolah Kebangsaan Rokan, di Tampin pagi tadi.
Memetik media tempatan, kejadian berlaku sekitar 10 pagi melibatkan mangsa yang berusia 83 tahun, sempat mencelup jari di dalam dakwat sebelum rebah dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Gemencheh.
Ketua Polis Daerah Tampin, Supt Anuwal Ab Wahab berkata, mangsa merupakan pesakit darah tinggi ada mengadu mengalami sakit pada bahagian kaki sejak balik daripada mengerjakan umrah baru-baru ini kepada ahli keluarganya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

