ARTIKEL

Menjelang Mesyuarat Agung SFA 2024-2026, sentuhan barisan kepimpinan berpengalaman terus ditagih

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA) 2024-2026 akan berlangsung 3 Mac depan.

Bermula kembali proses memilih barisan kepimpinan baharu badan induk berkenaan.

Sekali gus, penentu hala tuju terhadap kesinambungan kecemerlangan SFA terhadap pembangunan sukan bola sepak di peringkat domestik.

Ironinya, menjadi amalan hakiki bahawa perlu dilaksana pemilihan barisan exco baharu setiap kali berlangsung mesyuarat dwitahunan bagi setiap badan induk seumpamanya.

Apa pun, dalam konteks sedemikian untuk menukar barisan pemimpin atau exco sedia ada perlu dilihat secara menyeluruh.

Ini kerana bukan mudah untuk mengekal kecemerlangan yang telah dicipta dengan melalui kepayahan luar jangkaan.

Apatah lagi mengambil kira status SFA yang kini mempunyai nama dan kredibiliti terbaik yang berjaya meletakkan ahli gabungan Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) berada dipuncak kecemerlangan bola sepak tempatan ketika ini.

Lantas, boleh menimbulkan masalah dan kerugian kepada SFA andaikata ada kelompok yang ingin diangkat untuk mewarnai barisan exco baharu dalam badan induk itu kelak tidak berupaya memain peranan sebagai mana diinginkan.

Sesungguhnya, bukan niat untuk memperkecil kewibawaan calon atau individu lain bagi tujuan tersebut. Akan tetapi, amat sayang sekiranya kredit serta kecemerlangan yang ditempa SFA selama ini terhakis begitu sahaja.

Bagi pemerhati bola sepak tempatan, SFA yang selama ini diterajui beberapa individu penting diakui penyumbang kejayaan dan kecemerlangan SFA selama ini.

Justeru, andaiaan serta saranan pemerhati berkenaan, barisan ahli gabungan SFA yang terlibat dalam mesyuarat dan melakukan pemilihan exco baharu kelak perlu bijak dalam membuat sebarang keputusan.

Dengan kata lain, andaikata suara majoriti masih menaruh kepercayaan kepada kepimpinan sebelum ini untuk terus menerajui kepimpinan badan induk berkenaan, tiada masalah untuk meneruskannya.

Lagi pula, sepanjang SFA diterajui kepimpinan exco berkenaan sebelum ini, banyak kejayaan telah diperoleh mencakupi pelbagai variasi. Sama ada diperingkat bahagian, negeri dan pentas saingan Liga Malaysia.

Ditambah lagi turut menyaksikan kemunculan ramai bakat baharu yang dilahirkan hasil pelaksanaan program terancang sepanjang tahun oleh SFA.

Terutama menerusi penganjuran Liga Serian, Piala FA dan kejohanan lain untuk pelbagai peringkat umur.

Sesungguhnya, kecemerlangan yang ditunjukkan pengurusan exco sedia ada mengendali program sama ada kejohanan yang berada dalam takwin tahunan SFA, boleh menjadi menjadi penanda aras terbaik.

Justeru, tidak perlu mempersoalkan kredibiliti himpunan individu berpengalaman yang akan diberi mandat untuk terus menaruji SFA demi kemajuan sukan bola sepak khususnya di Bahagian Serian selepas ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Penyulut SPM meri pengaga ngagai semua

KUCHING: Bulih pemutus peresa nyulut ba Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 ukai penyulut siku orang aja tang nya penyulut semua raban. Nembiak Sekula Sekondari (SMK)