ARTIKEL

Mental celaru selepas bersalin

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BUKU Meroyan Jangan Dipandang Ringan menyampaikan kefahaman penulis tentang dunia meroyan khususnya kepada bakal ibu dan pasangannya.

Sudah terang lagi bersuluh, gejala meroyan dalam golongan wanita yang memegang tanggungjawab sebagai seorang ibu semakin tular, tetapi jarang dibahaskan.

Namun, penulis berpendapat kefahaman tentang gejala meroyan masih kurang dibicarakan dan diterbitkan secara terperinci dalam kalangan masyarakat hari ini.

Penulisan buku ini diilhamkan oleh penulis ketika beliau sering ditanya mengenai masalah meroyan dalam masyarakat Melayu dan idea tercetus apabila mengimbas kembali ribuan kes meroyan yang telah berlaku.

Akibat gejala meroyan, kita pernah dikejutkan dengan peristiwa ibu mengelar leher bayi, ibu menggantung diri bersama-sama anak dan banyak lagi peristiwa lain yang menyayat hati.

Tema utama buku ini membahaskan tentang stigma kesihatan mental yang dibelenggu oleh seorang ibu selepas melahirkan zuriat.

Selain itu, turut menekankan pentingnya kesedaran dan pencegahan yang tepat untuk mengatasi masalah meroyan daripada terus dipandang enteng oleh masyarakat sekeliling.

Gaya bahasa buku ini bersifat ilmiah, jelas dan tegas bagi memberikan pemahaman yang komprehensif kepada pembaca.

Penulisan naratif yang dibangunkan termasuklah kajian dapat menggali data dan fakta yang tepat untuk menjadikan penyampaian lebih efektif dan menyeluruh kepada pembaca.

Gaya penulisan yang dihuraikan dari sudut ilmiah turut digabungkan dengan perspektif bidang perubatan untuk mengulas pelbagai aspek tentang gejala meroyan.

Penulis juga menggabungkan unsur empati dan analogi yang relevan untuk menjelaskan konsep yang jarang diketahui umum.

Penulis juga mengadaptasi pengalaman peribadi wanita yang mengalami fenomena meroyan sebagai pengajaran kepada individu yang mengalami peristiwa yang sama.

PENCEGAHAN GEJALA

Penulis yakin gejala ini mampu dicegah melalui tiga peringkat yang dibahagikan kepada primer, sekunder dan tertiar.

Pencegahan melalui peringkat primer akan dilakukan terhadap individu yang sihat tanpa sebarang penyakit atau mereka yang mempunyai risiko terhadap sesuatu penyakit.

Dalam pada itu, melalui peringkat sekunder, individu boleh mengenal pasti faktor risiko dengan melakukan ujian saringan terutama sekiranya gejala atau tanda yang belum ditunjukkan.

Manakala, pencegahan tertiar pula merangkumi rawatan terhadap penyakit yang dialami dengan melakukan rawatan berterusan untuk memastikan penyakit dalam keadaan terkawal.

Amaran gaya hidup sihat juga disarankan kepada golongan ibu selepas bersalin termasuklah mendapatkan rehat yang secukupnya, mengambil udara segar di luar rumah dan memberikan masa rehat untuk diri sendiri. Ibu-ibu juga perlu mengamalkan pengambilan diet yang berkhasiat serta melakukan senaman untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin.

Menurut penulis buku ini lagi, komplikasi meroyan boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga sehingga ada juga pasangan yang memutuskan hubungan akibat tahap meroyan yang teruk.

Justeru, perancangan dan pengetahuan mengendalikan stres juga patut diterapkan di samping mendapatkan sokongan moral dan fi zikal serta penglibatan ahli keluarga dalam menjaga wanita selepas melahirkan.

Buku ini sesuai untuk pembaca khususnya pasangan suami isteri yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata dan pasangan yang baru menikah.

Jelaslah, sebagai wanita, saya secara peribadinya amat menggemari buku ini kerana dapat memberikan pengetahuan mendalam tentang perkara yang patut dititikberatkan dalam kehidupan seorang wanita.

Penulis menyatakan sejak zaman Hippocrates, iaitu sebelum Masihi, meroyan (royan) atau dikenali sebagai kecelaruan mental selepas bersalin diandaikan apabila darah nifas tersekat dan akan bergerak menuju ke arah kepala seterusnya menimbulkan gangguan mental yang ditunjukkan melalui kelakuan ganas.

Menurut penulis, masyarakat Melayu terdahulu sangat mempercayai kepercayaan yang bersifat tahayul dan tidak masuk akal seperti ibu yang meroyan disebabkan oleh gangguan makhluk halus yang mendiami organ peranakan wanita selepas bersalin.

Namun, golongan muda zaman sekarang enggan mempercayai anggapan tersebut dan lebih cenderung untuk mengaitkan nilainilai keagamaan dengan fenomena meroyan.

Penulis juga membahaskan jenis-jenis royan yang terdapat dalam buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, antaranya ialah royan lendir, royan urat, royan api, royan kentung atau kertung, royan tinggal, royan bulu, royan kulit dan lain-lain.

Di Malaysia, kajian awal (1995) mendapati prevalens kemurungan yang terdapat di dua lokasi kajian yang berbeza adalah berbeza.

Perbezaan yang berlaku itu mungkin disebabkan oleh perbezaan taraf sosioekonomi, sampel dan penggunaan alat saringan yang berlainan.

Penulis menyatakan keadaan ini juga dapat dipengaruhi oleh kes yang tidak dilaporkan yang berpunca daripada sikap wanita itu sendiri yang malu dan enggan memaklumkan keadaan diri yang menghadapi gangguan meroyan kepada pakar perubatan.

Lagi menyedihkan apabila fenomena ini dianggap remeh dalam kalangan wanita selepas bersalin dan sukar untuk dikesan satu per satu.

Lazimnya, wanita yang mempunyai faktor risiko mesti melakukan saringan untuk mengesan sama ada mereka mengalami kemurungan selepas bersalin dari awal kehamilan hingga penghujung tahun pertama selepas bersalin.

Faktor-faktor risiko berlakunya kemurungan dibahagikan kepada dua, iaitu faktor biologikal yang berkaitan dengan sejarah lampau ahli keluarga yang akan diwarisi hingga akhir hayat jika terdapat ahli keluarga yang mengalami masalah yang sama.

Selain itu, disebabkan oleh faktor psikososial, iaitu tekanan hidup yang dihadapi seperti pengalaman kehilangan ahli keluarga, kegagalan rumah tangga atau penceraian dan sebagainya.

Perkara tersebut mampu menyebabkan tekanan dan detik kemurungan walaupun insan tersebut tidak pernah mengalami keterukan emosi.

PENCEGAHAN GEJALA

Penulis yakin gejala ini mampu dicegah melalui tiga peringkat yang dibahagikan kepada primer, sekunder dan tertiar.

Pencegahan melalui peringkat primer akan dilakukan terhadap individu yang sihat tanpa sebarang penyakit atau mereka yang mempunyai risiko terhadap sesuatu penyakit.

Dalam pada itu, melalui peringkat sekunder, individu boleh mengenal pasti faktor risiko dengan melakukan ujian saringan terutama sekiranya gejala atau tanda yang belum ditunjukkan.

Manakala, pencegahan tertiar pula merangkumi rawatan terhadap penyakit yang dialami dengan melakukan rawatan berterusan untuk memastikan penyakit dalam keadaan terkawal.

Amaran gaya hidup sihat juga disarankan kepada golongan ibu selepas bersalin termasuklah mendapatkan rehat yang secukupnya, mengambil udara segar di luar rumah dan memberikan masa rehat untuk diri sendiri.

Ibu-ibu juga perlu mengamalkan pengambilan diet yang berkhasiat serta melakukan senaman untuk mengembalikan kecergasan selepas bersalin.

Menurut penulis buku ini lagi, komplikasi meroyan boleh menjejaskan kebahagiaan rumah tangga sehingga ada juga pasangan yang memutuskan hubungan akibat tahap meroyan yang teruk.

Justeru, perancangan dan pengetahuan mengendalikan stres juga patut diterapkan di samping mendapatkan sokongan moral dan fi zikal serta penglibatan ahli keluarga dalam menjaga wanita selepas melahirkan.

Buku ini sesuai untuk pembaca khususnya pasangan suami isteri yang merancang untuk mendapatkan cahaya mata dan pasangan yang baru menikah.

Jelaslah, sebagai wanita, saya secara peribadinya amat menggemari buku ini kerana dapat memberikan pengetahuan mendalam tentang perkara yang patut dititikberatkan dalam kehidupan seorang wanita.

BERITA LAIN

Tanggungjawab didik anak di rumah

BUKU Pendidikan Anak di Rumah: Penglibatan Ibu Bapa merupakan buku terbitan khas sebagai panduan berguna kepada ibu bapa tentang pendidikan anak-anak di rumah. Penulis menekankan

Ambil tahu tentang leukemia

DALAM benak seseorang, pasti ada persoalan yang terngiang-ngiang mengenai sesuatu perkara dan memerlukan jawapan bagi persoalan tersebut. Persoalan itu boleh timbul dalam pelbagai konteks sama

Emosi cedera

SAYA percaya ketika kita masih kanak-kanak, kita pernah mengalami situasi tidak sabar untuk melangkah ke alam dewasa. Dalam minda kita ketika kecil, sering kali berfikir

Inspirasi Malaysia di mata dunia

BUKU Malaysia di Persada Antarabangsa merupakan sumber yang berharga bagi sesiapa yang ingin memahami pencapaian Malaysia dalam menangani isuisu global mahupun tempatan. Malaysia telah memainkan

Selami dunia kanak-kanak melalui puisi

Buku ‘Kumpulan Puisi Kanak-kanak – Bermain Gerimis’ ini menghimpunkan 52 buah karya puisi dengan pelbagai tema yang mempunyai jalinan pengalaman dan pengetahuan tentang dunia kanak-kanak.

Cabaran penulis muda

PRISCA EMPIANG ROBIN BUKU berjudul Aku Novelis Remaja hasil tulisan Iqmal Izzat, 17, mempunyai 171 muka surat dan isu kandungan buku ini dipecahkan kepada tiga

BERITA TERBARU